Depresi&bipolar, Hafidz Roshdi ke Hospital Bahagia, tak mengaku salah cedera isteri. 10 info berkaitan

Iklan
Hafidz Roshdi

Depresi&bipolar, Hafidz Roshdi ke hospital bahagia, tak mengaku salah cedera isteri. 10 info berkaitan

BARU-BARU ini pelakon, Hafidz Roshdi didakwa menumbuk pipi kiri isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, sebanyak tiga kali hingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak.

Iklan
Iklan

Hari ini, bintang filem Pusaka itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu atas pertuduhan menumbuk hingga mencederakan isterinya dalam kejadian pada 2 Mac lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, berikut info berkaitan;

Iklan

1. Hafidz, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai majistret.

2. Hafidz selaku tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan dengan menumbuk pipi kiri isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, sebanyak tiga kali hingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak pada jam 3.32 pagi di susur keluar Tol Sungai Buaya pada 2 Mac lalu.

Iklan

3. Justeru, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326 kanun sama.

4. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

5. Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar dan Elyza Amira Habeeb Rahman memohon kepada mahkamah supaya tertuduh diberikan jaminan selepas dirujuk dan menjalani rawatan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak.

Baca juga "Saya perlu kuat” – Shuhada tidak mahu ditindas lagi

6. Ia kerana berdasarkan siasatan pihaknya, Hafidz mempunyai rekod menerima rawatan psikiatri.

7. Bagaimanapun, peguam tertuduh, Datuk Akberdin Abdul Kader merayu Hafidz dilepaskan dengan ikat jamin tanpa perlu dirujuk ke hospital psikiatri atas alasan lelaki itu hanya mengalami depresi dan bipolar iaitu bukan masalah kesihatan mental pada tahap teruk.

8. Ekoran itu mahkamah ditangguhkan kira-kira 40 minit untuk memberi ruang kepada Akberdin dan Timbalan Pendakwa Raya berbincang.

9. Mahkamah kemudian membenarkan Hafidz diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin selain perlu menjalani rawatan di Hospital Bahagia serta dilarang mengganggu mangsa dan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

10. Mahkamah menetapkan 9 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan laporan perubatan tertuduh.

Sementara itu, ini info berkaitan penyakit bipolar dan depresi.

Bipolar

1. Penyakit bipolar antara tiga penyakit mental serius dan prevalens seumur hidup di dunia dianggarkan antara 2.6 peratus hingga 6.5 peratus.

2. Faktor genetik menjadi penyumbang kepada penyakit bipolar, iaitu didapati sekiranya ada ahli keluarga mengalami masalah penyakit emosi seperti kemurungan atau bipolar, jadi cenderung untuk mengalami masalah sama.

3. Pengaruh psikologi dan persekitaran juga sangat penting yang menjadi pencetus kepada penyakit ini.

4. Pelbagai isu seperti masalah hubungan keluarga, kehilangan pekerjaan atau tidak bekerja, masalah kewangan, salah faham di tempat kerja serta penyalahgunaan dadah antara punca kerap dilihat pesakit yang mengalami penyakit ini.

Baca juga Kecelaruan bipolar satu masalah mental, ini yang perlu difahami

5. Perubahan ini boleh dilihat dalam bentuk perubahan mood, emosi, tenaga, daya tumpuan, jenis dan tahap aktiviti yang dijalankan serta kebolehan melaksanakan tugasan harian.

6. Penyakit ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu, bipolar I disorder dan bipolar II disorder.

7. Bipolar disorder I, pesakit mengalami sekurang-kurangnya sekali episod mania (dengan atau tanpa pernah mengalami episod depresi).

8. Bipolar II disorder, pesakit mengalami episode hypomania, dan turut atau pernah mengalami episode depresi.

Depresi

1. Depresi adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian.

2. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu.

3. Depresi boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

4. Depresi juga dikaitkan dengan ketidakseimbangan hormon iaitu paras hormon kortisol yang tinggi dan kurang penghasilan serotonin yang menyebabkan simptom depresi.

Baca juga Bahaya penyakit ‘gila meroyan’ kepada wanita, jangan ambil mudah, risiko alami depresi teruk

Simptom depresi;

  • Anxiety.
  • Kesedihan.
  • Kehilangan minat untuk aktiviti yang menyeronokkan sebelumnya.
  • Kesukaran dengan tumpuan atau ingatan.
  • Perubahan selera makan yang berkaitan dengan perubahan berat.
  • Gangguan tidur.
  • Kehilangan tenaga.
  • Penurunan aktiviti sosial biasa atau penarikan diri dari rakan dan keluarga.
  • Perasaan tidak berharga, tidak berdaya atau putus asa.
  • Pengurangan minat terhadap aktiviti seksual.
  • Rasa mahu bunuh diri.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.