Hafidz Roshdi timang anak kedua, 9 September jadi tarikh istimewa

Hafidz Roshdi
Hafidz Roshdi
A
A
A

PELAKON Hafidz Roshdi berkongsi berita gembira baru sahaja menimang cahaya mata kedua, apabila isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri selamat melahirkan bayi lelaki hari ini.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya sebentar tadi, Hafidz, 26, berkata, tarikh 9 September menjadi tarikh yang cukup istimewa apabila anak keduanya itu berkongsi tarikh lahir yang sama dengan puteri sulungnya.

“Alhamdulillah sama tarikh, sama senyuman dan sama baju. Little beast is here.

“Sepasang lelaki dan perempuan. ALLAH. Allah sebaik-baik perancang,” tulisnya ringkas.

Perkongsian itu mendapat perhatian daripada peminat dan pengikutnya Instagram yang turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah selain doa buat Hafidz dan isteri.

Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Humairah yang kini berusia tiga tahun.

 

(FOTO: Instagram Hafidz Roshdi)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca