Resipi cendol homemade mudah 3 bahan, buat sendiri baru puas makan

Iklan
5

CENDOL  memang sedap dimakan sejuk-sejuk. Apatah lagi kalau dicampurkan dengan santan dan gula Melaka. Memang terangkat!

Ia juga menjadi juadah pilihan ramai di bulan Ramadan. Cara membuatnya pun sangat mudah, berbaloilah dicuba pada musim cuti sekolah ini untuk santapan minum petang bersama keluarga.

Iklan
Iklan

Berikut adalah resipi perkongsian daripada Samsinar Bustami. Baru kali pertama mencuba terus berjaya. Cantik berkilat, 'elok kejadiannya.'

Iklan

CENDOL HOMEMADE

Iklan

Bahan-bahan

1 cawan tepung jagung

3 cawan air pandan (guna daun pandan dikisar dengan air dan ditapis)

Secubit garam.

Cara penyediaan

1-Masak semua bahan diatas di dalam periuk. Kacau sehingga likat dan berkilat.

2-Tutup api dan sediakan acuan untuk membuat cendol. Samsinar menggunakan piping bag.

3-Sediakan air ais di dalam bekas besar dan picit adunan ke dalam bekas yang berisi ais tadi.

4-Picit sehingga adunan tepung habis. Toskan dan sedia untuk dinikmati!

Baca juga: Hampir 1,500 like, resipi mudah buat Sekaya Telur, sedap makan sejuk-sejuk

Selain itu, SinarPlus juga ingin berkongsi resipi penyediaan cendol persis jualan di gerai. Campurkan semua bahan dan sedia untuk dinikmati!

Baca juga: Masak Bingka Pandan lebih mudah, cepat guna air fryer, tak perlu oven

[caption id="attachment_108820" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)[/caption]

1.5 kg cendol

1 tin susu sejat

1 tin santan pekat

Secubit garam

Gula Melaka/ gula merah

Ais secukupnya

Baca juga: Cara buat sosej ayam homemade versi sihat, tanpa pengawet hanya 7 bahan

Sumber: Samsinar Bustami

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi