SEKAYA Telur sejenis kuih yang terkenal di Pantai Timur. Sering dijadikan menu pencuci mulut, popularitinya melonjak menjelang Ramadan sebagai pelengkap iftar.

Kuih ini boleh penulis masukkan dalam senarai kuih jarang dijumpai di Lembah Klang. Kalau ada sekali pun hanya di bazar Ramadan pada bulan puasa. Kadang-kala penulis hampa dengan sekaya yang dibeli kerana rasanya juga sudah lari, tak sama seperti yang asli! Hal itu juga diakui empunya resipi.

Baca juga: Tok Aji Serban popular di Terengganu

“Susah nak jumpa kuih ni kat Selangor. Kalau ada pun, tak kena dengan tekak kita. Air tangan kita, selera kita. Sedapnya makan sedap ‘sejuk-sejuk’,” kongsi Rozzieta Abd Rahim.

Kalau ada yang mengidam teringin kuih Pantai Timur ini, jom cuba buat. Hanya menggunakan enam biji telur, santan dan gula nisan sebagai bahan utama, resipi ini berbaloi dicuba.

Baca juga: Ramai tak tahu rahsia di sebalik buah tembikai lebih-lebih lagi makan pada bulan puasa. Ini fakta-faktanya

Kuih Sekaya Telur

Bahan-bahan
6 biji telur gred A [BELI DI SINI]
½ kerek besar nisan / gula Melaka (kalau suka manis boleh lebihkan) [BELI DI SINI]
3 sudu besar gula merah [BELI DI SINI]
2 helai daun pandan
1 (200ml) kotak santan  [BELI DI SINI]
1 sudu kecil garam [BELI DI SINI]
1 sudu kecil esen vanilla [BELI DI SINI]
200 ml air

Cara penyediaan

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

1-Panaskan gula nisan bersama gula merah bersama air dan daun pandan.

2-Apabila cair, ketepikan dan biarkan sejuk.

3-Dalam bekas berasingan pukul ‘manja’ telur supaya kembang sedikit.

4-Masukkan santan dan garam. Pukul lagi.

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

5-Kemudian masukkan bancuhan air nisan yang telah disejukkan tadi dan telur.

6-Pukul lag sehingga sedikit kembang . Tapi awas jangan terlebih pukul nanti ia tak jadi berlubang.

Iklan

7-Ricih nisan ke dalam acuan dan masukkan ke dlm adunan sekaya sebelum kukus.

8-Kukus selama 30 hingga 40 minit atau sehingga masak. [ BELI DI SINI]

 

Selamat mencuba!

Iklan

Baca juga: Kuih Seri Muka mudah ikut sukatan cawan, rugi tak cuba

Sumber: Rozzieta Abd Rahim

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.