PELAKON Hafidz Roshdi meluahkan masih sayangkan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29.
Mereka yang berpisah pada pada 22 Februari lalu melalui panggilan telefon bersaksikan keluarga menjadi perhatian warganet.
Hafidz berdepan kontroversi apabila kisah rumah tangganya menjadi perbualan hangat ekoran dakwaan dia berlaku curang.
Situasi bertambah tegang apabila beliau menumbuk hingga mencederakan Shuhada di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya.
Bagaimanapun pelakon itu yang hadir ke mahkamah bersama bapa mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak selaku Majistret.
Tidak hanya itu, surat terbukanya menuntut permohonan maaf daripada Shuhada dan mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah dalam tempoh 48 jamjuga menjadi perhatian ramai.
Dalam temu ramah bersama wartawan, Hafiz meluahkan masih sayangkan bekas isterinya itu.
"Saya mahu berbaik dan harap ruang pendamaian (dengan isteri) masih terbuka.
"Rasa cinta saya terhadap Shuhada masih ada," katanya.
Baca juga: "Saya perlu kuat” – Shuhada tidak mahu ditindas lagi
Pelakon filem Pusaka itu menyifatkan kes yang dihadapinya itu sebagai episod gelap dalam hidup.
"Apapun, saya reda dengan apa yang telah ditakdirkan. Kini kes saya telah dihadapkan ke mahkamah dan biarlah mahkamah sahaja yang membuat pertimbangan sewajarnya," ujarnya.
Pelakon berusia 29 tahun itu turut meluahkan kerinduan kepada kepada dua anaknya iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2, kerana tidak berjumpa kedua-duanya sejak dua minggu lalu.
"Kepada kedua-dua anak saya, Humairah dan Umar, abah rindu dan sayang kalian berdua. Tidak pernah sesaat pun abah lupakan kalian," katanya sebak.
Mahkamah memerintahkan Hafidz diikat jamin sebanyak RM4,000 selain perlu menjalani rawatan psikiatri di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak.
Shuhada menerusi Insta Story berkongsi sekeping foto beliau dan anak sulung mereka, Humairah bersama ayat yang ringkas dan penuh makna.
Baca juga: urang ni bukan paksaan, tetapi pilihan pesanan Dr Fadzilah Kamsah buat suami isteri
Sumber: Sinar Harian, Instagram @shusukrii
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.