‘Curang ni bukan paksaan, tetapi pilihan’, pesanan Dr Fadzilah Kamsah buat suami isteri

“ORANG yang berlaku curang susah nak mengaku salah. Dia akan sedaya upaya cuba meletakkan kesalahannya pada orang lain.”

Begitulah ulasan pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

Menerusi perkongsian di Instagram, Datuk Dr Fadzilah menulis bahawa orang yang curang tidak menunggu orang lain berbuat salah.

“Kononnya, dia buat salah sebab pasangan atau orang lain punya angkara.

“Ada ke patut? Ketahuilah bahawa mereka yang curang ni tak tunggu kita buat salah,” tulisnya.

Dalam pada itu, Datuk Dr Fadzilah turut juga berkongsi terdapat kes yang dikendalikannya adalah mereka yang sudah membuat terbaik dalam rumah tangga namun tetap menjadi mangsa curang.

“Banyak kes yang Tok Abah kendalikan, orang tu sudah buat yang terbaik. Boleh kata dah jadi perfect. Itulah yang kena tinggal. Itulah yang kena tipu dan pasangannya berlaku curang.

“Maka, jangan pernah rasa down. Rasa diri ini tak guna bila pasangan sendiri yang curang. Itu bukan salah kita. Itu realitinya salah pasangan,” titipnya.

Baca juga 10 tip isteri pikat suami Dr Fadzilah Kamsah, tak perlu manja, yang penting solehah

Harta peninggalan
Gambar fail.

Tambahnya lagi, pasangan yang memilih untuk curang adalah orang yang tidak mensyukuri kemanisan dalam berumah tangga malah tidak akan mendapat reda ALLAH.

Iklan

“Sebab curang ni bukan paksaan, tetapi pilihan. Memilih untuk menyembunyikan.

“Memilih untuk buka hati pada pihak ketiga. Memilih untuk mengabaikan tanggungjawab keluarga. Semua itu pilihan.

Baca juga 7 tip bujang cari jodoh Dr Fadzilah Kamsah, pilihlah yang lihat waktu terburuk kita, tidak malas

“Dia bukan sahaja memilih untuk curang tetapi dia sebenarnya memilih untuk tidak mensyukuri kebaikan dan keharmonian rumah tangga yang dibina.

Iklan

“Ingatlah, bahawa orang yang tidak mensyukuri dan melakukan hal yang ditegah, orang ini tak mendapat reda ALLAH,” pesannya buat semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.