LIHAT gambar pun sudah buat ramai tertarik nak mencuba resipi Chicken Perattal ni, kan?
Bersempena Ramadan bakal menjelang tidak lama lagi, pasti ibu-ibu insan yang sibuk membuat persiapan.
Salah satunya pasti menu untuk dihidangkan buat sekeluarga.
Selain dihidangkan dengan nasi, boleh juga dimakan bersama nasi himpit atau roti.
Malah, anda juga boleh jadikan ia hidangan utama Syawal nanti untuk dimakan bersama lemang mahupun ketupat.
SinarPlus mahu kongsikan resipi yang dimuat naik oleh Sheena Supramaniam untuk anda cuba sendiri di rumah.
Nampak menyelerakan dan cara masak pun ringkas jer. Jom cuba!
Baca ni Resipi Kari Ayam Hijau Goa tapi tak guna rempah kari. Macam mana tu? Kena cuba, memang sedap!
"Hai semua. Saya nak kongsi resipi simple dan sedap, Chicken Perattal. Boleh jadi idea untuk masak petang ni kan.
"Ada orang tanya, serbuk cili jenama apa sebab warnanya cantik. Saya guna serbuk cili jenama Babas ye," ujar beliau yang berkongsi tip mendapatkan warna yang cantik pada resipi berkenaan.
Berikut ramuan dan cara penyediaannya:
Bahan-bahan:
Seekor ayam dipotong kecil
Sebiji tomato,
Daun kari sikit
Daun ketumbar
5 biji bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
2 halia saiz ibu jari
kayu manis
5 buah pelaga
2 bunga lawang
1/2 sudu kecil jintan manis
2 1/2 sudu besar serbuk cili’
2 sudu besar serbuk kari ayam atau daging.
Cara penyediaan:
1. Kisarkan bawang merah kecil, bawang putih dan halia, lalu dibiarkan dahulu.2. Kemudian, panaskan kuali dengan minyak kelapa dan masukkan buah pelaga, bunga lawang dan jintan manis. Masukkan juga daun kari.
3. Selepas itu, masukkan bahan yang telah dikisar tadi.
4. Masukkan sedikit air dan tumis sampai pecah minyak.
5. Selepas pecah minyak, masukkan ayam dan kunyit. Kacau sebati.
6. Masukkan tomato diikuti dengan serbuk cili dan serbuk kari.
Baca lagi Tip lembut dan empukkan daging dengan cepat guna ais batu, minyak masak. Kena cuba!
7. Kacau sehingga sebati dan masukkan garam. Biar ayam masak dalam api sederhana dan kacau sekali sekala dalam 20 minit.
Baca ni Rahsia masak asam pedas power, sedap & kuah pekat, Cef Wan kongsi tip daripada arwah nenek
8. Masukkan daun ketumbar, kacau sebati dan masak untuk lima minit lagi. Siap dan sedia dihidang.
Baca ni 'Menu simple, nasi tetap makan.' Maintain cantik bergaya walau punya anak ramai, ini rupanya rahsia adik Che Ta tampil langsingSelamat mencuba!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.