Wajib cuba! Ayam masak asam 'terpaling' ringkas, sedap tak cukup nasi sepinggan dibuatnya
BAGI penggemar makanan yang masam dan sedikit pedas, sudah tentu resipi ini akan menjadi pilihan anda.
Ringkas untuk dibuat sangat sesuai bagi ibu-ibu yang bekerja berkejaran masa untuk siapkan juadah keluarga.
Hidangan ayam masak asam ini sangat mudah untuk disediakan dan dijamin dapat membuka selera sesiapa sahaja terutamanya kanak-kanak.
Memang sedap tau. Makan lauk ni dengan nasi je, tak payah tambah lauk lain pun dah sedap. Sepinggan tak sedar habis nasi.
Cuba juga Sedapnya ayam masak mamak, lauk paling mudah ibu wajib cuba
[caption id="attachment_103712" width="800"] Kredit foto: TikTok che_eda[/caption]
Resipi ini sesuai jugak untuk mereka yang di dalam pantang selepas bersalin cuma cili api tu perlu ditukar dengan lada hitam.
Mereka yang berpantang makan untuk Rawatan Radioaktif Iodin (RAI) pun boleh juga cuba menu sedap ni.
Psst! Puasa pun nak dekat dah kan, boleh buat untuk bersahur nanti pasti keluarga berselera.
Jom buat ayam masak asam yang sangat-sangat senang ni.
Bahan-bahannya;
- Ayam dipotong kecil
- Bawang besar dipotong bulat
- Halia dimayang halus
- Cili merah dipotong serong
- Cili padi dipotong serong
- Air asam jawa
Cuba juga Nampak lazat! Ayam masak kicap kering versi doktor ini raih 41 ribu share wajib dicuba
Cara membuatnya;
1. Ayam digaul garam kunyit, digoreng garing dan diketepikan.
2. Tumis bawang besar, halia, cili padi dan cili merah. Masukkan air asam jawa (sederhana pekat). Tunggu sehingga mendidih.
Cuba juga Mudah resipi somtam mangga stail ibu, hanya guna lima bahan cukup masam dan manis
3. Masukkan ayam yang digoreng tadi dan biarkan beberapa minit. Siap untuk dihidang!
Selamat mencuba!
Sumber: Assima Mad Yusoff
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.