Nampak lazat! Ayam masak kicap kering versi doktor ini raih 41 ribu share wajib dicuba

MASAKAN berasaskan ayam memang selalu digemari. Hampir seluruh masyarakat negara kita sangat menyukai ayam dan menjadikannya makanan harian.

Selain isinya yang lembut, ayam menjadi pilihan sebagai sajian kerana ia mudah dimasak dengan pelbagai cara dan resipi.

Pun begitu, jika keluarga sudah jemu memakan resipi ayam yang itu-itu sahaja, apa kata kali ini cuba membuat ayam masak kicap kering pula.

Resipi ayam masak kicap kering ini dikongsi seorang doktor di Facebook telah mencuri perhatian ramai sehingga kini mendapat lebih 41,000 share.

Lihat foto pun dan nampak lazatnya, anda memang kena cuba sendiri kerana rasanya lain daripada lain!

Bahan-bahan;

(2-3 orang makan)

Cuba juga Hampir 3,000 share, resipi dumpling sedap, gaul bahan mudah hanya balut rice paper

Kredit foto: FB Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Cara membuatnya;

1. Bahan segar dipotong kasar dan ditumis sehingga naik aroma.

2. Ayam kena potong kecil-kecil supaya cepat masak. Kalau nak lagi cepat, guna bahagian dada sahaja. Cuma kena ingat, bahagian paha, kepak, leher dan kakilah yang paling sedap. Tumis ayam!

3. Bila nampak ayam kuning, capai kicap lemak manis dan curah atas ayam. Agak-agak sahajalah. Kalau tak suka makan manis, guna kicap lemak masin. Saya gunakan api besar. Sentiasa gaul ayam.

Iklan

4. Capai pula sos cili, masukkan. Bahan-bahan ni saya percaya semua orang ada dalam peti ais di rumah masing-masing.

Cuba juga Mudahnya buat mi kuning sendiri guna 4 bahan, hiris dengan pisau je tak perlu mesin

5. Sekarang giliran sos tomato. Manis dah ada, masin dah ada, maka kena ada rasa masam. Selain beri rasa masam, tomato beri rasa umami. Sos-sos ni juga membantu pekatkan kicap.

6. Bila dah kering, letaklah apa-apa daun. Biar nampak rupa sikit. Kalau tidak, gelap je kejadiannya. Kalau ada hijau sikit, merah sikit, baru menyelerakan. Siap! Dah boleh hidang.

Iklan

Selamat mencuba!

Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.