Hanya guna sabun murah ini putihkan baju sekolah lusuh, hasilnya buat ibu tersenyum
SESI persekolahan baru kurang seminggu lagi akan bermula. Bukan semua seragam baju sekolah anak-anak wajib dibeli baru.
Banyak koleksi baju sekolah lama yang masih muat namun sedikit lusuh sayanglah jika dibuang.
Tahukah ibu, ada cara mudah putihkan baju sekolah yang telah lusuh dan terdapat kotoran degil itu dengan hanya menggunakan sabun murah.
Berikut perkongsian wanita dikenali Zakiah Hassan cara membasuh baju putih tanpa perlu menyental teruk.
Masih sempat lagi ibu cuba tip diberikan. Mana tahu boleh jimat duit poket anda kan!
Bahan-bahannya;
Bahan utamanya adalah jenis sabun-sabun ini, anda boleh pilih salah satu.
- Sabun A1 (kedai Eco)
- Sabun cap kapak atau buruh (Mydin)
- Sabun Kilat (NSK)
Kemudian bersama bahan-bahan di bawah ini;
- Sabun di atas (pilih salah satu).
- Sabun mandi Palmolive atau May pun boleh.
- Sabun basuh baju (cecair atau serbuk).
- Air.
Baca juga 7 cara mudah hilangkan kotoran pada baju putih. Cara nombor 6 wajib cuba, paling ‘rare’
[caption id="attachment_109064" width="800"] Kredit foto; Zakiah Hassan[/caption]
Cara-caranya;
1. Nak guna mesin basuh atau basuh tangan pun boleh. Masukkan baju sekolah agama dulu ke dalam mesin basuh.
2. Letakkan sabun basuh biasa. Setkan mesin dengan mode speedy soak (ikut jenis mesin basuh).
3. Kemudian, masukkan air. Guntingkan suku sabun kuning ke dalam mesin basuh (nak sagat pun boleh).
Baca juga Kotoran baju putih boleh dirawat dengan cuka? Menarik! Ketahui 7 tip penjagaannya
[caption id="attachment_109065" width="800"] Kredit foto; Zakiah Hassan[/caption]
4. Tenyehkan sabun kuning di leher baju kemeja, hujung lengan, poket atau kesan kotoran yang lain. Lepas itu, jangan lupa masukkan juga ke dalam mesin. Tutupkan mesin basuh.
5. Sidailah baju putih tersebut sambil kembang hidung melihatkan kebersihannya.
Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.
Sumber: Facebook Zakiah Hassan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.