UMPAMA mimpi untuk mengekalkan warna baju agar tidak luntur dan lusuh adalah suatu perkara yang agak mustahil, begitu juga sukar jaga baju putih.

Kebiasaannya, baju putih sangat mudah untuk kotor dan warnanya akan cepat berubah sekiranya dibasuh. Haa.. pelik kan, setiap kali basuh baju putih je mesti warnanya tidak secerah, sebersih seperti mula-mula membelinya.

Pasti ada di antara para wanita mahupun ibu yang runsing bagaimana untuk menjaga kualiti warna baju itu agar tidak terjejas.

Tidak mustahil bermacam cara sudah digunakan namun masih tidak berhasil menemui jalan penyelesaiannya.

Usah risau, kali ini SinarPlus ingin berkongsikan solusi untuk mereka yang mempunyai baju putih dan ingin pakaian itu kekal seperti baru. Berikut tujuh tip penjagaan, ini yang perlu diketahui:

1. Elakkan membasuh baju berwarna putih dengan warna yang lain. Seelok-eloknya basuh pakaian itu secara berasingan untuk mengelakkan warna pakaian lain luntur lalu melekat pada fabrik cerah berkenaan.

Baca juga: Tip selamat elak akaun kena hack, Google kongsi 10 cara kreatif pilih password terbaik

2. Elakkan mencuci pakaian sekali gus dalam masa seminggu atau lebih. Kebiasaannya, aktiviti mengumpul baju hanya dilakukan oleh golongan laki-laki, terutamanya lelaki bujang.

Membasuh baju secara pukal akan menjejaskan kualiti baju kerana kebarangkalian baju yang berwarna lain untuk luntur adalah tinggi.

3. Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa sukatan detergen juga penting untuk memastikan baju putih kekal baharu. Sekiranya pencuci baju digunakan secara lebihan atau kurang akan menyebabkan baju putih menjadi kelabu.

Pastikan anda mengikut arahan yang tertera pada pek bungkusan.

4. Menggunakan penggalak detergen adalah yang terbaik untuk mengekalkan baju kelihatan baharu dan berbau harum. Hanya tambahkannya seperti yang dicadangkan dan ikut arahan asas jika anda mahu baju itu tampak putih dan bersih.

5. Jarang baju putih akan kekal putih selamanya tanpa adanya sedikit kesan kotoran. Biasanya baju putih ada kesan tumpahan makanan, kesan dakwat, minyak dan peluh serta kesan kafein.

Untuk memastikan baju itu kembali kepada fitrahnya yang suci, bersih maka, cuci kotoran itu terlebih dahulu.

Gunakan detergen dan gosok secara lembut atau gunakan berus gigi untuk mencuci bahagian yang terjejas itu supaya dapat mengurangkan kesan kotoran.

6. Kini sudah menjadi kebiasaan orang ramai mengeringkan baju menggunakan mesin pengering yang terdapat di kedai dobi.

Iklan

Hal ini kerana, kesibukan bekerja dan ruangan jemuran yang terhad yang mendorong mereka mengeringkan menggunakan mesin.

Baca juga: Bila harga turun, ramai serbu kedai emas, berikut tip elak tertipu masa membeli

Namun, gantung pakaian putih anda di luar dan biarkan ia kering secara semula jadi merupakan tindakan yang terbaik untuk mengekalkan kecerahannya. Sinaran UV dari matahari membantu fabrik berkenaan kekal bersih dan putih.

Sekiranya rumah anda tiada tempat untuk menjemur pakaian di luar, anda juga boleh menggunakan pengering pada tetapan haba yang lebih rendah.

7. Bilas baju dengan menggunakan serbuk penaik dan cuka untuk mengurangkan menanggalkan kotoran yang terdapat pada baju putih berkenaan.

Iklan

Justeru, penjagaan baju putih tidaklah terlalu rumit tetapi hanya perlu tahu cara sebenar untuk mengendalikannya.

Sumber: kingdomofwhite

Baca juga: Alamak barang kemas mula menghitam! Jangan bimbang berikut ada cara pembersihannya…

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI