Comelnya, macam inilah semangat! Hantar anak Darjah Satu, ibu ayah sporting pakai uniform lengkap sekolah

Iklan
sinarplus (14)

COMELNYA aksi pasangan suami isteri ini yang begitu komited berpakaian uniform sekolah rendah. Berbaju dan tudung putih serta berkain serta seluar biru

Sejak beberapa minggu lalu, laman sosial dipenuhi dengan kemas kini warganet yang mendaftarkan anak mereka ke sekolah rendah.

Iklan
Iklan

Bermacam ragam. Anak-anak yang hadir bersama ibu bapa masing-masing baharu  menyesuaikan diri dengan suasana persekolahan menerusi Transisi Tahun Satu atau lebih dikenali sebagai minggu orientasi.

Baca juga: Masuk Darjah Satu, mak ayah pastikan anak boleh buat 11 perkara ini baru mudah

Iklan

Baca juga: Suai kenal, sesi interaksi pada minggu pertama buka sekolah, ibu bapa setuju pembaharuan KPM

Ia bertujuan supaya proses pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan dalam masa yang sama pelajar membantu murid mengikuti pembelajaran dalam suasana yang gembira. Program diisi dengan pelbagai aktiviti secara individu atau kumpulan itu dirangka untuk menarik minat minat murid untuk berasa seronok datang ke sekolah.

Iklan

Baca juga: Ahli akademik akui silibus Darjah 1, 2 dan 3 terlalu rumit, tidak sesuai dengan daya intelektual anak

Inisiatif daripada pihak sekolah turut disokong ibu bapa dalam pelbagai cara termasuk pasangan suami isteri, Mohd Fadzil Abu Naim, 41, dan Nurul Aini Mohd Olwi, 41 menjadi perhatian ramai.

Warganet rata-rata tertarik dengan penampilan pasangan itu. Tidak kurang yang mengakui video berdurasi 31 saat iu memberikan idea buat mereka pada masa akan datang.

-"Ya ALLAH comelnya. Maknya nangis tak tu first time hantar anak Darjah Satu."

-"Terbaik semangat parent melahirkan anak-anak cemerlang."

-"Comel betul cara mereka support anak ."

-"Syabas! Ibu ayah terbaik."

Baca juga: Ahli akademik akui silibus Darjah 1, 2 dan 3 terlalu rumit, tidak sesuai dengan daya intelektual anak

5 INFO MINGGU PERTAMA SEKOLAH TIADA KELAS AKADEMIK

[caption id="attachment_95452" width="800"] Kredit foto: Bernama[/caption]

Baru-baru ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan tiada kelas akademik akan dijalankan pada minggu pertama.

Tidak seperti mana tahun-tahun lalu, berikut adalah perubahan yang dibuat KPM:

1. Minggu pertama sesi persekolahan tidak melibatkan sebarang kelas akademik yang mana hanya akan diidi dengan aktiviti suai kenal dan sesi interaksi antara murid dan guru terlebih dahulu.

3. Pendekatan ABC iaitu (Anak Baik dan Cerdik) juga akan digunakan, biar mereka baik dahulu baru cerdik.

4. KPM faham komitmen ibu bapa yang akan mengambil cuti setiap kali buka sesi persekolahan baharu bagi melayan karenah anak-anak.

5. Ia dilaksanakan bagi mengelakkan tekanan kepada pelajar baharu terutamanya mereka yang baharu menjejakkan kaki ke alam persekolahan.

6. Awal persekolahan mesti anak-anak akan meragam, ibu bapa juga mesti akan merasai tekanan tersebut. Jadi KPM beri ruang kepada ibu bapa, guru-guru dan komuniti sekolah bersama anak-anak mereka, bagi mereka (anak-anak) selesa dahulu.

Baca juga: [VIDEO] Istimewa kanak-kanak lahir 1 Januari, perlu daftar sekolah setahun lebih awal

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi