MEMANG benar tahun kelahiran menentukan kemasukan kanak-kanak ke sekolah untuk tahun satu.

Kemasukan awal kanak-kanak di bawah umur ke Tahun 1 pada setiap tahun persekolahan adalah berdasarkan permohonan daripada ibubapa.

Pendaftaran kemasukan akan dibuka setiap tahun dan syarat yang diletakkan ialah kanak-kanak tersebut mestilah genap berumur enam tahun pada tahun semasa persekolahan seperti yang dinyatakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sebagai contoh, umur Persekolahan Tahun 1/2021 adalah bagi kanak-kanak warganegara yang lahir pada 2 Januari 2014 hingga 1 Januari 2015.

Istimewa bagi kanak-kanak yang lahir 1 Januari, mereka perlu bersekolah setahun lebih awal.

Perkara ini mungkin tidak disedari kebanyakan ibu bapa dan turut dikongsikan oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai Azrul Affandi Sobry.

Katanya, bagi anak-anak yang lahir pada 1 Januari, kanak-kanak tersebut terikat pada sistem kohort yang mana mereka perlu memasuki sekolah setahun awal daripada kanak-kanak yang lahir pada tahun yang sama dengan mereka.

Manakala bagi anak-anak yang lahir pada 2 hingga 15 Januari, mereka boleh memilih untuk mohon untuk ‘lompat’ kelas setahun awal dengan pertimbangan daripada pihak KPM dan mengikuti kaedah pelaksanaan seperti kanak-kanak telah mengikuti tadika, mencapai tahap munasabah dari segi mental and reading age.

Baca juga: Hebat! Kanak-Kanak Istimewa Ini Miliki IQ Lebih Tinggi Daripada Albert Einstein

Sistem ini difahamkan telah diwujudkan sejak tahun 1998 lagi dan masih digunapakai dalam sistem pendidikan di Malaysia seperti mana yang dinyatakan di dalam laman web KPM.

Azrul berkongsi perkara ini tidak disedari oleh kebanyakan ibu bapa. Malah anaknya sendiri yang lahir pada 1 Januari yang mana pihak sekolah baru menyedarinya ketika tahun enam semasa daftar peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Menurut Azrul, anaknya sendiri telah diarahkan untuk ‘lompat’ ke Tingkatan Satu tanpa sempat belajar Tahun 6.

“Ramai lagi yang kena, Tahun 2 lompat Tahun 3, Tahun 4 lompat Tahun 5. Ada yang ibu bapa tidak sedar, anaknya terus lompat darjah dua tanpa masuk darah satu. Asas tak ada lompat nak Tahun 2.

“Benda ini pelik dan mengelirukan ramai orang. Ada yang mengatakan ibu bapa tidak ambil tahu, masalahnya ibu bapa pun tidak sedar,” katanya.

@penceritatv Naya lahir 1 Januari #pencerita #morethan60s #tiktokguru #kohort ♬ original sound – Azrul Affandi Sobry

Warganet juga mengakui tidak mengetahui sistem kohort tersebut, malah ada yang berkongsi menerima nasib yang sama.

Iklan

Justeru, bagi yang mempunyai anak lahir pada 1 Januari, perkara ini perlu diambil berat. Jangan lupa untuk didaftarkan lebih awal.

Iklan

Untuk pengetahuan korang, permohonan ke Tahun 1 boleh dilakukan secara dua mod, iaitu:
– Secara atas talian (online) melalui portal: https://public.moe.gov.my
– Secara manual – pendaftaran di sekolah.

Baca juga: Uniknya Kanak-Kanak Ini, Miliki Nama 19 Perkataan, Keluarga Bimbang Tak Dapat Sijil Kelahiran

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: KPM, TikTok Azrul Affandi Sobry

Foto: Sinar Harian