MELIHAT kejayaan ejennya seolah-olah mengimbas kembali usaha beliau laksanakan sekitar sembilan tahun lalu ketika membangunkan Beautyspells.
Menurut Norsidayati Mustari, beliau bermula daripada zero dalam membangunkan bisnesnya.
"Saya hanya bberbekalkan sebuah pejabat kecil yang hanya ada meja makan tanpa bantuan staf ketika itu. Sebelum itu, saya pernah bekerja makan gaji sebagai seorang kerani bank. Memandangkan saya ada ilmu tentang kecantikan, tercetus idea untuk hasilkan losen badan.
"Kebetulan sejak remaja lagi saya sangat obses dengan losen badan. Maka terhasillah Beautyspells, mantera kecantikan,” ungkapnya yang ralat kerana kedua orang tua beliau tidak sempat menyaksikan kejayaan pada hari ini.
Memulakan perniagaan hanya dari bandar kecil di Tawau, Sabah, wanita itu mengetengahkan tagline ‘Semangat Bangkit Semakin Berjaya’ dalam usaha membantu ramai masyarakat Borneo untuk meningkatkan taraf hidup.
Baca ni 'Sedar diri dan tahu kedudukan.' 8 tahun berpoligami, Adira dedah rahsia hubungan baik dengan madu
Sehingga kini, beliau sudah berjaya membantu 16,000 ejen di Borneo. 99 peratus daripadanya ialah wanita.
"Peluang membantu ejen saya ibarat melihat diri sendiri suatu ketika dahulu. Bantuan dan bimbingan saya hulurkan mungkin tidak sebesar mana. Namun, bagi ejen sangat besar dan bernilai.
"Ada yang selama ini nak beli beras tak mampu, banyak berhutang, gaji suami tak cukup. Anak minta beli ayam goreng pun tak mampu. Alhamdulillah, semua senario dan hidup dalam ‘kegelapan’ itu mampu diatasi. Bersama empayar niaga saya, ia seperti memberi sinar harapan buat ramai orang,” katanya.
Akuinya, bukan mudah untuk mendapat kepercayaan jenama sendiri sementelah beliau bukan siapa-siapa.
"Lebih-lebih lagi ini produk baharu dikeluarkan tak mudah untuk pengguna percaya dari segi keselamatan dan keberkesanan. Pun begitu, saya percaya kualiti yang menentukan sesebuah jenama itu kekal.
"Setiap kali memperkenalkan produk saya tidak akan over promise, saya akan tunjukkan hasil keberkesanan,” jelas beliau yang mesra dengan panggilan Sis Bell.
Baca ni 'Mak ladang pahala & rezeki.'Buat kejutan, Nubhan renovate bilik ibu serupa hotel undang sebak!
MEMBINA EMPAYAR
Kepada SinarPlus, Sis Bell melahirkan rasa syukur dan menganggap setiap cabaran sebagai proses pembelajaran membina empayar Beautyspells.
"Saya tidak memilih gimik atau kontroversi kerana pada saya, cara ini hanya berjaya untuk jangka masa pendek. Sebaliknya, jika dalam situasi tertentu saya terlibat dalam sebarang kontroversi, saya akan respons dengan cara yang positif.
"Usah nak menegakkan benang yang basah kerana kita seorang dan terpaksa berhadapan dengan berjuta netizen,”ujar beliau lagi.
Pada masa sama katanya, Beautyspells bukan hanya sekadar perniagaan, sebaliknya sebuah platform untuk bangkitkan semangat wanita bermula di Borneo dan bakal merebak ke Asia.
Penulis turut mencuit kembali isu viral ‘renjisan’ air di kereta baharu miliknya, jujur tuan punya badan mengakui akan khilaf sendiri.
"Sejujurnya, saya tak berniat apa-apa. Saya akui dan memohon maaf atas kekhilafan tersebut. Tujuan buat begitupun kerana air yang disiram hasil bacaan, doa dan selawat daripada seorang ustaz.
"Lagipun kita sudah nak puasa dan sambut raya. Salam perkenalan daripada saya. Mana tahu, terjumpa mana-mana kita boleh jadi kawan atau ejen. Boleh juga saya berikan hadiah,” ujar Sis Bell sambil mengakui hanya menyiram air dan bukannya merenjis seperti tanggapan netizen.
Baca ni Peroleh RM2.6 Juta sebulan, wanita 23 tahun ini bergelar jutawan dengan hanya kerja bersih rumah!
MENYAMBUNG IMPIAN
Enggan memanjangkan kontroversi tersebut, Sis Bell yang memilih Datuk Wira Dr Azizan Osman sebagai idolanya berharap akan ada pelapis yang menyambung impiannya membangunkan Beautyspells.
"Rezeki terlalu luas untuk saya makan sendiri. Justeru, saya mahu setiap team saya mencapai impian mereka bersama Beautyspells. Dalam berniaga juga tidak boleh ada rasa malu. Kalau kita malu, rezeki pun susah nak datang.
"Lebih baik malu dalam berniaga daripada malu sebab kegagalan dan direndahkan orang. Paling penting, niat adalah untuk sebarkan manfaat produk, bukan untuk orang beli. Jika kita fokus untuk orang beli, yang kita dapat adalah wang ringgit. Jika fokus manfaat, yang kita dapat adalah membantu selesaikan masalah orang,” tegas Sis Bell lagi.
Tambah beliau lagi, tiada istilah mahu kaya seorang diri. Sebaliknya, wanita berusia 33 tahun itu tidak lokek berkongsi rezeki dan nikmat.
"Staf dan ejen umpama keluarga baharu saya. Impian dan kejayaan mereka nikmat terindah buat saya. Tahun lalu ada ejen saya berjaya capai RM2.8 juta jualan setahun.
"Malah, tahun lalu ada lima ejen saya dapat jualan RM1 juta setahun. Empat daripada mereka perempuan dan seorang lelaki. Tahun ini saya sasar mahu 15 ejen pula dapat sasaran sejuta setahun ,” katanya yang menyasarkan jualan 500,000 unit losen bagi tahun ini.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.