KEMESRAAN antara penyanyi, Adira Suhaimi dan madunya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim atau lebih dikenali sebagai Datin Red berpimpinan tangan dalam satu majlis baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya.

Rata-rata memuji kedua-duanya sambil mendoakan semoga perhubungan tersebut berpanjangan.

Kesempatan bersua muka baru-baru ini membolehkan SinarPlus menyelami sendiri isi hati tuan punya badan.

Ditebak perasaan beliau yang menanti lapan tahun untuk berbaik dengan madunya, anak kelahiran Sabah tersebut berkata, itulah doa yang sentiasa meniti pada bibirnya tanpa gagal.

“Alhamdulillah, itulah detik yang saya nantikan selama ini. Pada saya, dalam hal ini kena ada inisiatif daripada kedua-dua belah pihak, barulah berjaya.

“Untuk berbaik bukan seorang sahaja yang kena mengalah tapi dua-dua. Pada masa sama, suami kena mainkan peranan untuk isteri-isteri berbaik.

“Sejujurnya, saya sendiri sentiasa mencari ruang dan peluang untuk cuba berbaik serta mengambil hati madu saya. Lagipun makin tua hidup nak tenang-tenang, kalau boleh saya mahu fokus besarkan anak-anak saja,” jelas Adira yang turut mempunyai hubungan baik dengan anak-anak tiri, di samping mendapat restu serta doa daripada kedua-dua belah pihak.

Baca ni ‘Mak ladang pahala & rezeki.’Buat kejutan, Nubhan renovate bilik ibu serupa hotel undang sebak!

TIP BAIK DENGAN MADU

Diminta berkongsi tip hubungan baik dengan madunya, wanita berusia 31 tahun itu mengakui tiada sebarang rahsia yang dipraktikkan.

Sebaliknya, beliau berkata, tolak ansur dan saling menghormati itu resipi dalam menjayakan hubungan di antara mereka.

“Kami makin rapat sebab anak-anak. Selama 8 tahun kamu bermadu, tiada benda nak dikecohkan. Hubungan kami baik cuma tak tunjuk pada khalayak. Sementelah saya sendiri tak suka cakap lebih-lebih.

“Cuma saya bersyukur dan harap hubungan baik antara kami ini akan kekal sampai bila-bila. Kami juga tak pernah bergaduh. Soal persepsi atau kata-kata segelintir netizen sebelum ini saya tak ambil peduli kerana saya bukan jenis yang suka baca komen orang. Jauh sekali nak membalas andai timbul sesuatu isu,” ungkap empunya diri yang pernah diberi jolokan Ratu Soundtrack.

Baca ni Peroleh RM2.6 Juta sebulan, wanita 23 tahun ini bergelar jutawan dengan hanya kerja bersih rumah!

Iklan

SEDAR DIRI DAN TAHU KEDUDUKAN

Akui Naib Juara Akademi Fantasia musim kelapan itu, beliau ‘sedar diri’ dan tahu kedudukan beliau sebagai isteri kedua.

“Sebagai manusia biasa saya juga ada hati dan perasaan. Dalam apa jua saya lakukan, pertama sekali saya akan cuba letakkan diri tempat beliau (madu). Sebab itu, saya memilih untuk berdiam diri dan sebelum buat atau cakap sesuatu, saya akan berfikir terlebih dahulu.

“Saya tak nafikan, setiap rumah tangga ada turun naik. Pun demikian, semuanya bergantung pada seseorang itu bagaimana cara untuk selesaikan . Kepada pasangan di luar sana yang mengalami masalah, saya doakan semoga dipermudahkan segalanya,” ujar pemilik nama sebenar Siti Adira Suhaimi itu lagi.

Iklan

Untuk rekod, Adira mendirikan rumah tangga bersama Datuk Red atau nama sebenarnya Adenan Abu pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 6; Asan, 5; Anggun, 4; dan Ayoub yang kini berusia enam bulan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.