Gagal bayar tuntutan RM260,400 Norjuma diisytihar bankrap, 5 fakta berkaitan

Iklan
1

USAHAWAN dan bekas pengacara, Datin Che Puan Norjuma Habib Mohamed diisytiharkan bankrap selepas gagal membayar RM260,400 kepada Fame Up Entertainment.

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang melalui Penolong Pendaftar Siti Zulaikha Nordin @ Ghani mengumumkan perintah kebankrapan selepas mendengar petisyen kreditor yang difailkan oleh syarikat berkenaan pada Oktober 2022.

Iklan
Iklan

Portal berita tempatan melaporkan peguam yang mewakili Fame Up Entertainment, Muhammad Hassanuddin Roslan berkata Mahkamah Tinggi hari ini mengisytiharkan Norjuma sebagai bankrap.

Baca juga: ‘Pandai bawa diri, ikut protokol. Bekas suami ayah terbaik.’ Ini reaksi Norjuma bila ditanya tentang status diri anak-anak

Iklan

 

Iklan

Tiada peguam bagi pihak Norjuma dan beliau juga tidak hadir ke hahkamah hari ini walaupun selepas notis dan perintah mahkamah dikeluarkan.

Turut hadir ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ialah pemilik Fame Up Entertainment, Zuriawati Zaidi, 44.

15 Ogos tahun lalu Fame Up Entertainment memfailkan Notis Bankrap di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap Norjuma menuntut beliau membayar RM260,400 selepas diperintahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Fame Up Entertainment memfailkan dua saman fitnah terhadap Norjuma pada 2019 dan 2020.

[caption id="attachment_109592" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)[/caption]

"Kami masih berkomunikasi dengan pihak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi Shah Alam serta balai-balai berkenaan.

"Waran tangkap juga telah diserahkan kepada balai-balai berkenaan iaitu di Kuala Lumpur dan di Selangor,” katanya.

Awal Februari lalu, Norjuma muncul di majlis ramah mesra di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersama media dan peminat.

Baca juga: Hutang luar kemampuan punca muflis

Menurut Jabatan Insolvensi Malaysia berikut lima info berkaitan kebankrapan:

1-Kebankrapan merujuk kepada satu proses yang mana seorang penghutang diisytiharkan sebagai bankrap melalui perintah mahkamah atas petisyen pemiutang atau petisyen penghutang sendiri.

2-Segala harta kepunyaan bankrap yang tidak bercagar adalah terletak hak kepada Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) dan KPI bertanggungjawab untuk menghasilkan semua harta tersebut.

3-Hasil jualan harta akan diagihkan kepada pemiutang yang telah memfailkan borang bukti hutang dan bukti hutang tersebut telah diperakukan oleh KPI.

4-Semua harta hendaklah terletak hak kepada KPI kecuali yang disenaraikan di bawah seksyen 48(1)(a) Akta Kebankrapan 1967.

5-Ini termasuk alat perdagangan dan pakaian keperluan isteri dan anak-anak untuk nilai yang tidak melebihi RM5,000. Semua harta yang terletak hak kepada KPI akan dihasilkan dan hasil akan diagihkan kepada pemiutang yang hutangnya telah diperakui oleh KPI.

Baca juga: Kenali golongan yang muflis di akhirat… Jangan sesekali menjerumuskan diri

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi