Rebut peluang! Diskaun saman PDRM 60% sempena Hari Polis 20 hingga 31 Mac 2023
BERITA baik buat pengguna kenderaan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) memberikan tawaran pengurangan kompaun saman trafik.
Ia ditawarkan secara dalam talian sehingga 60 peratus tertakluk kepada saman terpilih melalui aplikasi MyBayar Saman dan secara fizikal di semua kaunter bayaran trafik di Ibu pejabat Polis Kontinjen dan Daerah di seluruh negara bermula dari 20 Mac hingga 31 Mac 2023.
Ayuh jangan lepaskan peluang ini! Daftar segera sebagai pengguna MyBayar Saman sekarang, dan tidak perlu beratur panjang di kaunter bayaran trafik.
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM telah mewar-warkan notis rasmi pengurangan saman yang terpilih melalui media sosial.
Pengurangan saman sehingga 60% itu akan ditawarkan selama 12 hari bermula 20 Mac hingga 31 Mac 2023.
Bagaimanapun, pengurangan kompaun TIDAK Ditawarkan bagi kesalahan berikut;
- Kemalangan
- Kesalahan bicara mahkamah (M)
- Saman berstatus waran (W)
- Kesalahan berkaitan kenderaan berat (Lori)
- Memotong secara berbahaya
- Menggunakan lorong kecemasan
- Kesalahan tidak boleh kompaun (NV)
- Tidak patuhi isyarat lampu merah
- Memotong di garisan berkembar
- Kesalahan pengubahsuaian ekzos
- Saman berstatus OP selamat
Cara pembayaran;
Orang ramai boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui;
i) Portal – https://mybayar.rmp.gov.my
ii) Google playstore – https://play.google.com/store/apps/details…
iii) Apple store – https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016
iv) Huawei Appstore – https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205
Baca juga 4 hari sesak kaunter, online, tempoh diskaun saman PDRM dilanjut. Ini cara guna mesin ATM Maybank
PEMBAYARAN SECARA MANUAL DI KAUNTER
Bayaran di semua kaunter bayaran trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen serta Daerah seluruh negara Bermula 20 Mac hingga 31 Mac 2023
Sumber: Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.