SANA sini heboh di laman sosial kaunter Polis Diraja Malaysia (PDRM) sesak dengan orang ramai yang beratur panjang untuk membayar saman trafik.

Bukan itu sahaja, portal agensi berkenaan turut mengalami masalah gangguan teknikal dek trafik pengunjung yang tinggi.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Itu berikutan penawaran diskaun saman 80 peratus diberikan PDRM sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) sejak empat hari lalu.

Justeru itu, PDRM mengumumkan tempoh diskaun untuk bayaran kompaun saman trafik yang dijadualkan berakhir tengah malam tadi dilanjutkan hingga 31 Disember ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pelanjutan tempoh bayaran kompaun saman itu diberikan untuk memberi peluang kepada orang ramai mengambil kesempatan menjelaskan saman mereka.

Katanya, disebabkan sambutan yang menggalakkan sama ada di kaunter bayaran saman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Kontinjen di seluruh negara, maka PDRM memutuskan untuk melanjutkan tempoh kompaun bayaran saman.

Ujarnya, setakat semalam, sebanyak 2.3 juta saman sudah diselesaikan oleh orang ramai dan sebanyak RM109 juta telah dikutip daripada tawaran diskaun kompaun saman trafik oleh PDRM sejak Khamis lalu.

Akui beliau, PDRM juga sedia maklum berhubung kesesakan di kaunter bayaran saman serta kesesakan pembayaran secara dalam talian pada waktu puncak.

Justeru, dengan tempoh yang dilanjutkan ini orang ramai mempunyai masa yang panjang untuk menjelaskan saman tertunggak mereka.

Iklan

Baca juga [VIDEO]Tak mahu beratur, bersesak bayar saman PDRM, gunakan 4 cara mudah ini

Jom bayar saman, diskaun 50%

Selain itu, bagi memudahkan orang ramai mengambil kesempatan menjelaskan saman mereka di kaunter yang disediakan tanpa perlu bersesak-sesak, pihaknya juga sudah meminta Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) untuk melihat sekiranya ada keperluan bagi menambah kaunter bayaran saman di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Ibu Pejabat Polis Kontenjen (IPK) seluruh negara.

Iklan

Acryl berkata tawaran diskaun kompaun bayaran saman adalah salah satu inisiatif PDRM untuk meringankan beban masyarakat yang terkesan akibat pandemik Covid-19, menjelaskan saman mereka.

Cara pembayaran boleh dibuat di Kaunter bayaran saman trafik Ibu Pejabat Polis Daerah, kaunter bayaran saman Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Pejabat Pos Malaysia dan portal dan di aplikasi MyBayar.

Selain itu, boleh juga jelaskan saman korang di mesin ATM Maybank seluruh Malaysia. Ini caranya;

1. Pergi ke mana-mana ATM Maybank.

2. Tekan menu PAYBILL

3. Pilih tab BAYARAN SAMAN.

4. Masukkan nombor kad pengenalan anda di ruang yang tertera.

Baca juga KKM tegas denda penganjur Hari Aspirasi 100 Hari Keluarga Malaysia RM1,000, berikut 5 info mengenainya

5. Semak butiran saman dan pilih saman yang hendak dibayar.

6. Tunggu notifikasi Transaksi Berjaya.

7. Simpan resit untuk rujukan dan rekod anda.

Alhamdulillah, tempoh dilanjutkan hingga akhir tahun ini. Buat korang yang belum sempat, cepat-cepat melakukan bayaran ya!