Tragis! Balik sekolah kanak-kanak perempuan maut digilis treler, naik motor dengan pengasuh, kronologinya menyayat hati
PILUNYA membayangkan situasi kehilangan keluarga kanak-kanak ini. Baharu hari kedua sesi persekolahan 2023/2024, kanak-kanak perempuan di Klang, Selangor kehilangan nyawa selepas diremuh dan digilis treler manakala adik lelakinya selamat.
Tragedi minggu pertama persekolahan itu mengundang sebak warganet yang rata-rata pilu dan sedih.
-"ALLAHU, apa perasaan ibu bapa anak-anak. Kasihan pengasuh juga."
-"Sedih betul tengok adik ni, syurga tempatmu wahai anak."
-"Port Klang memag kawasan seram. Kalau pergi balik kerja tu mengucap je. Lori macam masuk litar lumba. Salam takziah pada keluarga adik ni."
-"Sayunya, sehari sebelum Ramadan. Moga keluarga tabah mengahadapi ujian dan dipermudahkan segala urusan."
Baca juga: Anak tak sempat bergelar doktor maut dilanggar bas universiti, ibu tuntut pampasan RM8.1 juta
Berikut adalah kronologi kejadian yang menyayat hati:
1-Kejadian yang berlaku di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang itu berlaku selepas dua beradik itu dijemput pengasuh dari sekolah.
2-Kedua-dua mereka menaiki motosikal bersama pengasuh berusia 54 tahun sebe
3-Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada jam 11.25 pagi.
5-Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala wanita dan kanak-kanak lelaki itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut.
Sesungguhnya ALLAH lebih menyayangi, salam takziah SinarPlus ucapkan buat keluarga mangsa.
7 INFO TITIK BUTA KENDERAAN BERAT
- Titik buta atau blind spot merupakan kawasan sekeliling kenderaan yang tidak dapat dilihat secara langsung oleh pemandu.
- Ia merupakan salah satu punca berlakunya kemalangan jalan raya.
- Setiap kenderaan mempunyai kawasan titik buta tersendiri yang mana pemandunya tidak dapat melihat kenderaan lain yang mengekori terlalu rapat ataupun sedang memotong.
- Ini disebabkan oleh reka bentuk kenderaan tersebut dan penglihatan pemandu yang terbatas.
- Titik buta bagi kenderaan berat seperti lori, bas, dan juga treler adalah sangat besar.
- Pemandu lori misalnya tidak dapat melihat kenderaan yang berada 10 meter di belakangnya.
- Sebelum menukar lorong, pemandunya perlu menoleh sedikit ke sebelah kiri atau kanan bagi memastikan bahawa tiada kenderaan lain berhampiran ketika menukar lorong atau memasuki persimpangan jalan.
Baca juga: [VIDEO]Lelaki maut dilanggar treler selepas rempuh kilang, sempat buat video sebelum kejadian
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.