PADA musim getir begini, kadang-kadang individu bertindak luar kawalan jika dilanda masalah.

Seperti diketahui umum, ramai yang tengah bertungkus-lumus berusaha mencari sumber rezeki untuk menampung kehidupan akibat kehilangan kerja kesan pandemik Covid-19 melanda dunia.

Seperti yang terjadi di Ipoh, Perak, seorang bekas pengurus kilang dipercayai telah menceroboh dan merempuh masuk ke kawasan kilang dengan menaiki sebuah kereta Honda Civic malam tadi.

Namun sebelum berlaku kejadian itu, dia sempat merakam sebuah video berdurasi 14 minit dipercayai dirakam sendiri menceritakan dia tidak berpuas hati dengan bonus serta gaji dipotong atas alasan prestasi kerja.

Menerusi video itu, selama tujuh tahun bekerja di situ, katanya ini kali pertama dia tidak mendapat gaji serta kenaikan, bonus dan perkongsian ekuiti bermula September.

Dia turut titipkan beberapa ucapan dan pesanan difahamkan buat rakan sekerja dan kaki tangan di kilang tersebut.

Rakaman tersebut kelihatan dia berada di dalam kereta dengan reaksi bersahaja serta tenang.

Lelaki maut dilanggar treler selepas rempuh kilang, sempat buat video sebelum kejadian

Menurut laporan akhbar tempatan, difahamkan lelaki berusia 52 tahun telah ditamatkan perkhidmatan oleh majikannya dipercayai menjadi punca utama dia bertindak sedemikian.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata lelaki itu merempuh ke dalam Bahagian Fasa 1 Kilang sebelum membaling botol petrol ke dalam pejabat sumber manusia.

Baca juga Cik B tak ada masalah nak jumpa Abah tapi harap tak seperti dulu

Iklan

Katanya, hasil siasatan mendapati punca kejadian dipercayai suspek tidak berpuas hati terhadap pihak pengurusan kilang atas penggantungan kerja sejak September lalu kerana masalah disiplin selain pihak kilang sedang menyiasat suspek yang didakwa mengugut pihak atasan kilang.

Menurutnya, kebakaran berjaya dipadamkan oleh pasukan bomba dan tiada kecederaan kepada pekerja kilang dilaporkan. Namun, kilang tersebut mengalami kerugian sebanyak RM1 juta.

Iklan

Kata A Asmadi lagi, lelaki itu kemudiannya dipercayai disyaki maut dilanggar treler pada 7.45 malam di Jalan Kuala Kangsar arah Ipoh berhadapan kawasan perindustrian itu. Dikatakan, dia sengaja melintas ketika kenderaan itu lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427/448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan di tempat kejadian masih dijalankan.