Isteri paling banyak pahala bulan puasa, ibu-ibu jangan pernah rasa letih masak juadah
BULAN Ramadan benar-benar kesempatan terbaik untuk beramal. Bulan mulia itu adalah kesempatan menuai pahala melimpah.
Banyak amalan yang boleh dilakukan ketika itu agar menuai ganjaran yang luar biasa.
Dengan memberi sesuap nasi, secawan teh, sebiji kurma atau sebarang makanan yang mengiurkan, itu pun menjadi ladang pahala.
Bagaimanapun, kaum Hawa dan wanita yang bergelar ibu merupakan golongan yang paling banyak pahala pada bulan Ramadan ini.
Menurut Ustaz Khairul Anuar Basri, orang yang paling banyak pahala puasa adalah para isteri dan ibu. Merekalah yang menyediakan juadah bersahur dan berbuka puasa.
Yelah, rutin isteri dan ibu berubah apabila perlu bangun awal pagi untuk menyediakan lauk pauk bersahur. Bahkan juga penyediaan makananan berbuka puasa.
Tidak dinafikan rutin akan berubah hingga membuatkan ada segelintir isteri mula merungut tanpa sedar.
Baca juga Subhanallah! 7 waktu doa mustajab di bulan Ramadan, rugi lepaskan
Menurut Ustaz Khairul Anuar Basri, ini sebabnya;
1. Sebab mereka ini masak setiap petang untuk seisi rumah berbuka puasa.
2. Nampak macam biasa-biasa sahaja masak setiap petang bulan puasa kan? Tapi sebenarnya pahala mereka bukan kaleng-kaleng tau!
3. Sebanyak mana ahli keluarga yang makan masakan yang mereka masak, semua pahala puasa mereka itu mereka akan dapat.
4. Pahala puasa suami, pahala puasa anak-anak. Lagi ramai anak, lagi banyak pahala puasanya. Pahala puasa mertua kalau mendiami rumah mertua.
5. Rasulullah SAW cakap, orang yang beri makan kepada orang yang berpuasa, dia akan dapat pahala puasa orang yang makan makanan yang dia beri.
Baca juga Bukan sahaja tuntutan agama, ini 6 kelebihan puasa Ramadan dari sudut kesihatan
6. Kita ingat makanan yang kita sedekah sahaja kan? Tapi, kalau kita masak untuk berbuka puasa pun, itu dikira beri makan orang puasa jugak.
7. Jadi, para isteri dan ibu jangan pernah rasa letih untuk masak pada waktu petang ketika bulan Ramadan kerana pahalanya sangat besar.
8. Walau masak tidak jadi ke, walau masak tidak sedap ke, itu lain cerita. Yang penting, masak sahaja, lepas itu ada orang makan untuk buka puasa, sudah dicatat pahala sama dengan pahala puasa setiap orang yang makan masakan itu.
9. Apa lagi kalau masak dengan ikhlas, masak dengan wajah manis, masak sambil berzikir, masak sambil dengar bacaan al-Quran. Lagilah bertambah banyak pahalanya itu.
Semoga bermanfaat!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.