Zaloraya 2023, Lazada Jualan Ramadan meriahkan persiapan, tawaran set kurung serendah RM35

Iklan
zaloraya lazada

ZALORAYA 2023 memeriahkan lagi persiapan umat Islam menjelang lebaran tidak lama lagi.

Meskipun baru lapan hari kita berpuasa, tapi tak salah kan kalau persiapan seperti baju raya sudah ada dalam list.

Iklan
Iklan

Risau juga kalau last minute beli, banyak saiz dan warna yang kita suka sudah kehabisan stok.

Lagi sedih kalau tak dapat nak sedondon dengan suami atau anak-anak.

Iklan

Jadi, Zaloraya 2023 menyajikan pelbagai busana tradisional dan moden buat mereka yang mahu cantik, segak bergaya di pagi Syawal.

Iklan

Lagi best, top label seperti Tom Abang Saufi, Alia B, Zalia, Lubna, TrendYol, NH Nurita Harith, Afiq M dan banyak lagi menawarkan busana anggun.

Walaupun harga agak kayangan sedikit tapi berbaloi untuk koleksi peribadi.

Namun jika kalian mencari item pada harga bajet, Zaloraya 2023 menghimpunkan pilihan berbaloi serendah RM35.

Baca juga ‘Paling penting selesa & yakin.’ Plus size bukan alasan tidak boleh bergaya, Mis Claire tampil koleksi raya gabungan klasik & kontemporari!

Percaya tak kalau set kurung ditawarkan harga sedemikian? Koleksi kebaya juga ditawarkan pada nilai bermula RM60.

Bagi mereka yang mencari dress atau kaftan untuk bergaya di pagi raya, set dijual bermula RM40 hingga RM55 jer.

Pening kepala nak pilih yang mana satu? Zalora menyenaraikan list jenama popular untuk memudahkan pencarian.

Baca juga Susah nak pilih vinyl berbaloi untuk raya? Ini tip berguna untuk rumah nampak ‘mahal’ dan elegan

Pendek kata, semuanya mudah untuk shopping sakan di Zalora.

Bukan setakat baju raya jer, banyak lagi item menarik boleh usha termasuklah busana kanak-kanak, kasut dan aksesori menawan.

LAZADA JUALAN RAMADAN

Sebelum itu, jangan lepaskan tawaran istimewa yang dipromosikan Lazada Jualan Ramadan untuk set kecantikan.

Mestilah kita nak nampak cantik luar dan dalam sepanjang Ramadan dan Aidilfitri kan?

Diskaun harga berbaloi wajib direbut untuk pilihan syampu, vitamin, penjagaan wajah dan lain-lain.

Baca juga Lazada Epic 11th Birthday Sale After Party memang berbaloi, rebut baucar diskaun 50 peratus koleksi raya

Pastikan anda peka dengan notifikasi Lazada kerana setiap hari, promosi yang berbeza dianjurkan dengan pelbagai pilihan menarik.

Apa lagi? Cepat-cepat pilih dan beli untuk persiapan raya nanti.

Tak perlulah nak berhimpit-himpit di tempat sesak semata-mata nak cari baju raya, tapi kalau ada yang sanggup redah demi kepuasan tak salah juga.

Okey! Selamat bershopping.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.