JENAMA pakaian dan busana wanita gempal plus size popular di pasaran, Mis Claire hadir dengan 9 koleksi Syawal 2023

Ia terdiri daripada Petra, Minimal Embroidery, Easy Raya, Raya4All, Romance, Urban Cotton, Dainty Collection, Sahara Night dan Ikatan Raya.

Dengan menawarkan harga mampu milik selain gaya dan pilihan warna tersendiri, jenama yang sudah 11 tahun mengukuhkan kedudukannya itu memilih tema Ikatan Raya untuk koleksi tahun ini.

Mengulas lanjut, pengasas jenama tersebut, Niko Tan Bee Ai berkata, himpunan berkenaan diilhamkan daripada pelbagai gaya fesyen yang sering diperhatikan ketika ziarah musim raya di negara ini.

“Fesyen selalu menjadi topik perbualan semasa perayaan dan kami percaya bahawa ia membantu mengeratkan hubungan silaturahim dan ikatan antara keluarga dan sahabat handai,” katanya yang mesra disapa Niko.

Secara keseluruhannya, lebih daripada 30 pilihan baju raya dikeluarkan dengan mengetengahkan warna seleksi termasuk koleksi pastel, terang, gelap dan juga bunga-bungaan.

Baca ni Tampak mewah dan eksklusif, abaya sentuhan Ezuwan Ismail dijangka laku keras sempena Aidilfitri

Niko Tan Bee Ai

“Matlamat kami adalah untuk memastikan setiap wanita plus size menemui gaya yang diidamkan untuk sambutan raya.

“Rekaan pakaian tahun ini juga mempunyai gabungan warna yang indah dan unik yang menjadikan setiap pakaian benar-benar istimewa. Pemilihan material dan fabrik juga dititikberatkan bagi keselesaan dan menambahkan keyakinan pelanggan,” ujarnya.

Ujar Niko lagi, rekaan pakaian yang ditawarkan oleh Mis Claire terdiri daripada potongan klasik dan juga moden, sekali gus memenuhi pelbagai tema sambutan raya daripada tema glam ke santai dan elegan serta bergaya.

“Menariknya, rekaan raya ini juga boleh dipakai selepas musim perayaan. Ia secara tidak langsung menjadikannya satu pelaburan yang berbaloi,” ujar wanita kelahiran Alor Setar, Kedah itu.

Baca ni Koleksi Soultan lambang kemegahan & kebanggaan warisan Melayu, butang baju berbentuk keris jadi tarikan

Niko Tan Bee Ai bersama Cik B dan Dina Nadzir

ELEMEN KLASIK DAN MODEN

Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, koleksi yang ditampilkan turut merangkumi baju kurung dan jubah yang menggabungkan elemen klasik serta kontemporari.

Iklan

“Mis Claire meletakkan komitmen tinggi bagi memastikan wanita bersaiz besar tampil bergaya semasa sambutan Hari Raya. Oleh itu, saiz yang ditawarkan adalah daripada XL hingga 7XL untuk memenuhi pelbagai jenis bentuk badan.

Baca ni Jenama POKOKS tampil pakaian untuk kanak-kanak, ibu dan bapa. Kalau nak cari baju raya awal, dah boleh beli dah

“Harga koleksi ini bermula daripada harga mampu milik iaitu RM168 dan tidak melebihi RM299,” katanya yang menyasarkan bakal meraih RM5.5 juta jualan untuk koleksi terbaharu itu.

Iklan

Untuk info lebih lanjut, boleh layari www.misclaire.com atau kunjungi Shopee, Lazada dan TikTok rasmi kami.

Orang ramai juga boleh ke stor fizikal di Taman Sea, Petaling Jaya, IOI City Mall, Sogo, dan Aeon Mall cawangan Shah Alam, Selangor.

INFO
Nama:Niko Tan Bee Ai
Alamat: 57, Tingkat 3, Jalan SS23/15, Taman Sea, Petaling Jaya, Selangor
Fesyen lebaran: Petra, Minimal Embroidery, Easy Raya, Raya4All, Romance, Urban Cotton, Dainty Collection, Sahara Night dan Ikatan Raya
Instagram: @Plusssize_misclaire
Facebook: Mis Claire

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.