Jemput-jemput jejari ketam rangup, lembut di dalam simple & kenyang sesuai kudapan keluarga

Iklan
Jemput-jemput jejari ketam rangup, lembut di dalam simple & kenyang sesuai kudapan keluarga

JEMPUT-JEMPUT atau cucur adalah menu paling ringkas yang mudah disediakan untuk seisi keluarga.

Ia merupakan sejenis kuih tradisi, jemput-jemput ini biasanya diberikan nama mengikut jenis bahan perisa tambahan dalam adunan.

Iklan
Iklan

Seperti satu perkongsian oleh wanita dikenali Aisyah ini yang berkongsi resipi jemput-jemput nasi jejari ketam.

Perkongsiannya di Facebook mencuri perhatian ramai sehingga kini telah mendapat hampir 4,000 shares dan tanda suka.

Iklan

Ini resipi jemput-jemput nasi jejari ketam rangup, halus dan lembut di dalam. Ia sangat sesuai dimakan selepas solat terawih mahupun waktu sahur.

Selain simple, jemput-jemput nasi jejari ketam rangup amat enak dan pastinya mengenyangkan.

Iklan

Apa yang lagi menariknya, resipi ini tidak menggunakan sebarang yis tapi bila lihat jemput-jemputnya kembung dan gebu.

Cuba juga Resipi cucur ikan bilis viral rangup di luar lembut di dalam. Wanita ni kongsi tip jika nak hasilnya bulat-bulat comel!

Bahan-bahannya;

  • 2 cawan nasi
  • 2 cawan air atau boleh agak-agak
  • 2 1/2 cawan kecil tepung gandum
  • 15 batang jejari ketam dipotong kecil
  • Daun kucai secukupnya dihiris halus
  • Sedikit garam serbuk cukup rasa
  • Minyak untuk mengoreng

Cara-cara membuatnya;

1. Kisar nasi bersama air hingga lumat dan sebati. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas, bahan kisar dan semua bahan berbaki satu persatu.

Cuba juga Hanya guna 5 keping roti bonanza, boleh hasilkan satu hidangan piza yang menyelerakan

2. Kacau sebati. Adunan haruslah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.

3. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak keperangan. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Aisyah Humaira

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.