Kronologi kehilangan Akmal di Pulau Mawar, 2 bulan tiada pentunjuk, keluarga tawar ganjaran RM50,000 jika temui

Iklan
1

Kronologi kehilangan Akmal di Pulau Mawar, 2 bulan tiada pentunjuk, keluarga tawar ganjaran RM50,000 jika temui

DUA bulan tidak dapat dikesan keberadaannya, kisah pemuda berusia 20 tahun ini menjadi perhatian ramai di sosial media.

Iklan
Iklan

Tiada siapa menduga pendakian pelajar kejuruteraan marin Universiti Kuala Lumpur (UniKL) ke Pulau Mawar, Mersing, Johor pada 1 Februari lalu adalah detik terakhir dilihat sebelum hilang tanpa sebarang pentunjuk.

Demi kasih sayang kepada anak, bapa ini tidak putus harapan. Ishak Kamis, 58 sanggup memberikan wang ganjaran RM50,000 kepada sesiapa yang dapat mencari dan mendapatkan Akmal.

Iklan

Baca juga: Di mana Aliah Qistina? Gadis 16 tahun hilang, ibu kongsi peristiwa aneh malam kejadian

[caption id="attachment_110752" width="800"] Imej Google Maps[/caption]

Iklan

 

Berikut adalah kronologi kehilangan anak muda ini yang kekal menjadi misteri:

1-Kali terakhir Akmal dilihat bapanya pada malam Selasa (31 Januari 2023) di rumahnya di Taman Makmur, Kluang, Johor. Menurut Ishak, anak bongsunya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap.

2-Keesokan hari, bapanya mendapati Akmal tiada di rumah. Ishak beranggapan pemuda itu mendaki Gunung Lambak, Kluang memandangkan Akmal selalu melakukan aktiviti rekreasi itu di sana.

3-Akmal tidak pulang pada malam hari. Bapanya yang bimbang ketika itu dan mengambil keputusan untuk membuat laporan polis. Kehilangan anak bongsunya itu turut ditularkan di Facebook.

4-Tidak lama selepas itu ada penduduk Mersing memaklumkan tentang motosikal yang dinaiki Akmal berada di Pulau Mawar, Mersing. Kenderaan iti ditemui dalam keadaan baik dan tidak berkunci di kawasan berhampiran pulau itu kira-kira 11.30 pagi, 3 Februari 2023.

5-Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan pada jam 5 petang pada hari yang sama. SAR yang dijalankan oleh anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing, Balai Bomba dan Penyelamat Endau serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) Mersing itu melibatkan kawasan hutan dan persisiran pantai.

6-Menurut orang awam, Akmal ada bersembang dengannya pada 1 Februari. Saksi berkenaan memberitahu pihak APM bahawa mangsa ingin masuk ke Pulau Mawar tanpa arah tuju. Beliau kemudian beredar dengan meninggalkan sebuah motosikal Honda Wave berwarna merah di kawasan kejadian.

7-APM berpendapat pemuda itu hilang dan sesat.

8-Pada hari kedua SAR melibatkan lima agensi iaitu polis, bomba, APM, Majlis Daerah Mersing dan malim gunung.

9-SAR ditamatkan pada selepas lima hari dilancarkan. Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata jika ada maklumat operasi itu akan disambung semula.

Baca juga: Di mana Zalina Azman? 6 info menarik bekas pembaca berita wanita yang hilang

[caption id="attachment_110746" width="800"] SAR menggunakan dron, pengimejan suhu untuk mengesan Akmal (Foto: Sinar Harian)[/caption]

10-Bapa dan ahli keluarganya meneruskan pencarian Akmal walaupun SAR sudah tamat.

11-Usaha menggunakan bantuan pengamal perubatan Islam juga digunakan untuk mengesan Muhamad Akmal yang disyaki masih berada di pulau tersebut.

12-Muhammad Mirza Qusyari, 26, memaklumkan bukan kali pertama adiknya mendaki bersendirian kerana Akmal pernah mendaki bukit itu secara bersendirian sebanyak tiga kali.

13-Mirza membuat membuat hebahan di aplikasi TikTok mengenai kehilangan adiknya dan menawarkan ganjaran sebanyak RM50,000 kepada sesiapa yang berjaya menjumpai Akmal.

[caption id="attachment_110754" width="800"] Ishak Kamis menawarkan wang ganjaran RM50,000 kepada sesiapa yang berjaya mencari dan mendapatkan Akmal.[/caption]

 

14-Biarpun sudah dua bulan Akmal hilang, mereka sekeluarga tidak pernah putus harapan untuk mencarinya selain sentiasa mendoakan keselamatan Akmal.

15-Ishak dan Mirza telah ke Pulau Mawar dua hari sebelum Ramadan.

16-Bapa itu berkata beberapa sukarelawan dan seorang pengamal perubatan Islam dari Kuala Lumpur turut membantu mencari Akmal.

17-Setakat ini, tiada petunjuk baharu mengenai kehilangan anaknya namun beliau masih berharap Akmal dapat ditemui.

Baca juga: Di mana Jude Angel? Bayi 18 bulan hilang di Beaufort, Sabah belum ditemui

18-Ishak pernah bermimpi Akmal berada di belakangnya sebelum dia menghilangkan diri.

19-Mirza juga pernah bermimpi tentang Akmal dan berpesan agar abangnya itu tidak bersedih.

20-Ramadan disambut dalam keadaan suram buat mereka sekeluarga. Ishak mendedahkan Akmal telah meminta ibunya, Saniah Bidin, 53, menyediakan masak lemak tempoyak beberapa hari sebelum hilang.

20-Akmal yang bercita-cita menjadi seorang jurutera kapal sepatutnya kembali ke kampus pada 13 Februari selepas cuti semester tamat.

Sama-sama kita doakan Akmal ditemui segera, aamiin.

Baca juga: 'Baliklah Kak Ngah Pijah, abah tunggu'. 5 hari adik hilang dihanyutkan arus, kakak tak putus berdoa

INFO PULAU MAWAR

i-Pulau Mawar yang terletak di mukim Penyabong, daerah Mersing.

ii- Ia merupakan salah satu pulau di negeri Johor yang diberi nama jolokan Heaven’s Gate dalam kalangan juru gambar kerana terdapat gerbang besar apabila memasuki pulau itu.

iii- Oleh kerana pemandangannya cantik, ia sering dijadikan lokasi bergambar.

iv-Selain keindahan landskap, ia juga mempunyai kepelbagaian biologi marin.

v-Pulau Mawar termasuk dalam Mersing Geopark merangkumi seluruh daerah Mersing meliputi kawasan daratan, kepulauan dan lautan seluas hampir 6,400 km.

vi-Pada tahun 2021, media melaporkan lima sekeluarga  mendaki di Pulau Mawar kerana tidak dapat mencari jalan keluar ekoran fenomena air pasang besar.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi