KEPADA anda yang mungkin berada di Melaka, apa kata singgah di Hotel LaCrista yang menawarkan bufet Ramadan mengiurkan bertemakan Cita Rasa Siam.
Boleh rambang mata dibuatnya kerana lebih 220 kulinari enak disajikan kepada pengunjung.
Antaranya seperti sup tulang merah, Danok Thai Beef Salad, Sotong Sumbat Otak-Otak dan banyak lagi yang boleh bikin ramai tidak keruan.
Pengarah Urusan Hotel LaCrista, Datuk Rosthman Ibrahim berkata, orang ramai tidak perlu terbang ke Thailand lagi kerana hampir semua signatur sajian Thailand disediakan di premisnya.
Selain Ikan Southern Thai Gaeng Som, laksa Siam dan pulut mangga mesti dicuba.
Baca juga Hidang lebih 100 menu, Melor Garden Wedding perkenal iftar konsep Madani pada harga rahmah
"Pihak hotel juga menawarkan pelbagai menu berasaskan nanas MD2 sebagai tanda sokongan dalam mempromosikan hasil tempatan yang diusahakan Universiti Teknologi Mara Kampus Jasin,” katanya.
Cita Rasa Siam Hotel LaCrista Melaka
Alamat: 146, Jalan Hang Tuah, Melaka
Tarikh: 24 Mac hingga 21 April 2023
Menu signatur: Sup Tulang Merah, Danok Thai Beef Salad, Sotong Sumbat Otak-Otak
Harga: RM118 (dewasa) dan RM60 (kanak-kanak 6-12 tahun)
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.