TAMPIL dengan konsep Madani, Melor Garden Wedding membawakan bufet Ramadan pada harga ‘rahmah’ yang boleh memberikan kegembiraan buat semua.

Menghidangkan lebih 100 menu tradisional Melayu, orang ramai hanya perlu membayar RM69 untuk dewasa, manakala RM30 untuk warga emas dan kanak-kanak.

Pemilik Melor Garden Wedding, Khairulah Ahmad berkata, menu istimewa seperti nasi beriani dan kambing golek antara yang dicadangkan sebagai pembuka selera.

“Nasi beriani kami merupakan resipi asli dari Batu Pahat, Johor, sementara kambing golek pula resipi keluarga sejak zaman berzaman.

MELOR GARDEN

“Pada masa sama, jangan lepaskan peluang untuk merasai sajian autentik Thailand, tiga jenis gulai kawah, pasta dan Canairista Roti Canai, selain kopi yang disediakan barista berpengalaman,” katanya.

Baca juga Kambing Bakar 30 Hari guna kayu arang, daging diperap semalaman. Tak hairanlah premis ini sentiasa penuh

Baca juga Sup gearbox, Pad Krapow Kung sajian dua negara tambat perhatian. Cef ini juga kongsi rahsia buat sup yang kaw!

Gerai masakan secara langsung seperti lempeng manis dan nasi lemak ayam berempah juga akan membuatkan orang ramai duduk lebih lama di sana.

Iklan

MELOR GARDEN

Iftar Madani Melor Garden Catering
Alamat: Lot 676, Jalan Datuk Nakhie, Off Jalan Abim, Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor
Tarikh: 24 Mac hingga 20 April 2023
Menu signatur: Nasi beriani, kambing golek, gulai kawah dan Canairista Roti Canai
Harga: RM69 (dewasa) dan RM30 (warga emas/kanak-kanak 5 -12 tahun)

Iklan

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.