Sedapnya kuah kacang, resipi turun temurun yang simple tapi padu

Iklan
1

KUAH kacang juadah yang perlu ada di meja pada hari raya. Dimakan dengan nasi himpit dan sate, kelazatannya terletak kepada rasa lemak, masin dan manis yang seimbang.

Untuk dapatkan kuah kacang yang sedap, kacang tanah mesti dikisar tidak terlalu hancur. Mungkin ramai yang merasakan memasak kuah kacang itu susah, hakikatnya ia sangatlah mudah.

Iklan
Iklan

Lebih-lebih lagi dengan resipi yang dikongsikan Yatt Ismail ini. Resipi kuah kacang ibunya itu yang diambil daripada seorang cef telah berpuluh tahun dipraktikkan. Jom ikuti cara penyediaannya!

Baca juga: Jom berkampung di dapur! Ini 5 sajian yang mudah dimasak yang boleh kita cuba menjelang Syawal nanti

Iklan

"Mesti ramai yang teringin nak makan kuah kacang sedapkan. Pagi ni Ma kak Yatt nak sedekah resepi kuah kacang yang dah berpuluh tahun Ma buat untuk kami sekeluarga.

Iklan

"Ma kata resepi ni dapat daripada cef hotel yang buat rancangan memasak kat TV dulu-dulu,” titip Yat.

KUAH KACANG SEDAP ALA HOTEL

Bahan-bahan

1 kg kacang tanah

Segenggam cili kering kurang pedas

2 biji bawang besar medium (dimayang)

1/2 inci halia

1 inci lengkuas

6 batang serai

2 ulas bawang putih

2 kole santan pekat

5 kerek manisan

3 sudu besar gula

Sedikit garam

2 liter air

Cara penyediaan

1-Panggang atau sangai kacang tanah. Saya panggang dalam oven suhu 150 selama 25 minit. Sesekali buka oven kacau.

2-Sesudah siap panggang, buang kulitnya. Ramas kacang dan tampi untuk buang kulit. Kata Yatt, kuah kacang lebih sedap menggunakan kacang tanpa kulit.

3-Hiris nipis bawang.

4-Panaskan minyak dan tumis bawang.

5-Cili kering dipotong dan dibuang bijinya.

6-Lengkuas, halia, serai dan bawang putih dikisar dengan cili kering.

7-Goreng bawang sampai kuning dan garing. Hati-hati agar tidak hangus.

8-Apabila bawang sudah garing, masukkan bahan yang dikisar tadi.

9-Akhir sekali kisar kacang panggang dengan air. Kacang itu jangan terlalu hancur. Kira-kira 50 peratus je hancur.

10-Masukkan kacang dikisar ke dalam bahan tumisan. Tambah baki air dan masak dalam 20 minit sampai kacang lembut.

11-Masukkan manisan kelantan, gula dan garam. Garam masukkan sediikit dulu dan rasa.

12-Selepas 20 minit masukkan pula santan pekat. Jika kuah terlalu pekat tambahkan lagi air dan masak lagi selama 30 minit.

13-Bila naik minyak macam maknanya kuah sudah cukup masak. Rasa dahulu, kuah kacang mesti ada rasa lemak manis.

Selamat mencuba!

Baca juga: Lebih 35,000 share, resipi ayam panggang ala bazar Ramadan sedap dan mudah guna air fryer

Sumber: Yatt Ismail 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi