Lebih 35,000 share, resipi ayam panggang ala bazar Ramadan, sedap dan mudah guna air fryer

SEBUT sahaja ayam golek tentu ramai terfikirkan ayam yang dipanggang di bazar Ramadan. Aromanya sungguh menyelerakan, justeru tidak hairanlah ayam goleh menjadi menu istimewa di Ramadan.

Tiada ketuhar pun tiada masalah, ayam panggang kini boleh dimasak menggunakan air fryer sahaja. Mudah, senang dan jimat masa.

Baca juga: Resipi Udang Buttermilk Cheese terlajak sedap hingga menjilat jari

Bahan yang digunakan pun tak banyak dan langkah penyediaan mudah, ayuh kita cuba resipi dikongsikan viral Sitjua Jua ini.

Ayam Panggang / Golek

Bahan-bahan (sukatan rujuk gambar)


1/2 ekor ayam
Bawang merah
Bawang besar Holland
Halia
Bawang putih
Kiub pati ayam
Lada hitam
Sesudu kicap manis

Cara penyediaan:

1-Kisar halus semua bahan-bahan.

2-Ayam yang sudah dibersihkan dilumurkan dengan garam. Seterusnya perap ayam dengan bahan yang dikisar tadi.

3-Letakkan sesudu kicap.

4-Gaul sekata dan perap semalaman. Simpan dalam peti untuk dibakar keesokannya.

5-Apabila hendak membakarnya, masukkan ayam tersebut ke dalam air fryer. Bakar suhu 170 dan set masa 30 minit.

6-Taada, seksinya ayam. Sangat berjus!

7-Apabila sudah masak, boleh potong dan hidangkan.

Baca juga: Hanya gaul dan stim, mudahnya buat ayam kukus masak taucu pedas ni, ibu kena cuba

Iklan

KALORI, PROTEIN, LEMAK SETIAP BAHAGIAN AYAM

Suka makan ayam tapi jaga badan? Berikut tip memilih bahagian yang rendah dan tinggi kalori:

Kepak
Kalori 101 kcal
Protein: 7.6 gram
Lemak: 7.8 gram

Hati
Kalori 115 kcal
Protein: 19.2 gram
Lemak: 3.3 gram

Dada
Kalori 150 kcal
Protein: 18.6 gram
Lemak: 7.7 gram

Paha
Kalori 170 kcal
Protein: 13.0 gram
Lemak: 13.7 gram

Atas paha
Kalori 172 kcal
Protein: 13.3 gram
Lemak: 13.2 gram

Iklan

Kaki (tanpa tulang)
Kalori 115.3 kcal
Protein: 14.7 gram
Lemak: 6.4 gram

Baca juga: Resipi cendol homemade mudah 3 bahan, buat sendiri baru puas makan

Sumber: Sitjua Jua, KKM

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi