Tular ikan tilapia tak selamat dimakan, sebabkan kanser palsu. 9 fakta berkaitan
BARU-BARU ini tular satu hebahan di media sosial dan rangkaian WhatsApp berkenaan ikan tilapia yang dikatakan tidak selamat untuk dimakan.
Malah apa yang lebih menakutkan, hebahan itu juga mengatakan ikan tilapia itu juga boleh menyebabkan kanser.
Justeru, hari ini Jabatan Perikanan (DOF) tampil menafikan hebahan berkenaan.
Menerusi satu kenyataan, berikut fakta berkenaan;
1. DOF berkata pihaknya sudah menerima satu hebahan palsu melalui media sosial WhatsApp berbentuk poster mengenai ikan tilapia yang didakwa memberi ancaman kepada pengguna.
2. Hebahan palsu terhadap ikan tilapia sering ditularkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab bagi menakut-nakutkan penggemar ikan itu di negara ini.
3. Ikan tilapia adalah ikan air tawar yang popular dalam kalangan masyarakat Malaysia selain ikan keli.
4. Melalui poster yang ditularkan itu, ikan tilapia didakwa tidak selamat untuk dimakan dan menyebabkan penyakit seperti kanser.
5. Dakwaan mengatakan tilapia adalah ikan yang tidak bertulang dan tiada kulit juga adalah dakwaan yang tidak berasas, kerana terdapat negara seperti Brazil yang menggunakan kulit tilapia untuk membuat dompet, tali, beg duit, kasut dan lain-lain.
6. Ikan tilapia adalah ikan yang diternak dengan pemberian makanan rumusan ikan menggunakan sumber protein daripada ikan dan tumbuhan.
7. Genetically modified (GM) soya dan jagung digunakan di dalam makanan rumusan ikan bagi mengurangkan penggunaan tepung ikan dan mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa Norway dan European Union. Tumbuhan ini sudah digunakan secara meluas dalam makanan rumusan salmon, tilapia dan kap.
Baca juga Tular kurma butter buat sahur, berbuka ramai cakap sedap dan ketagih mak-mak wajib cuba ni
8. Tiada laporan secara spesifik berkaitan kesan negatif kepada manusia yang memakan ikan tilapia yang diberi makan GM soya atau jagung oleh FAO (Food and Agriculture Organisation), CODEX dan USFDA (United States Food and Drug Administration).
9. CODEX, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan FDA sebagai organisasi yang bertanggungjawab pasti menyedari kesan dan akibat sekiranya ikan tilapia tidak selamat kepada pengguna.
Jadi, tak perlu ragu-ragu untuk membuat ikan tilapia sebagai juadah. Isinya yang lembut pasti menjadi igauan penggemarnya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.