Tular kurma & butter buat sahur, berbuka ramai cakap sedap dan ketagih mak-mak wajib cuba ni

SETIAP kali tibanya bulan Ramadan, kurma merupakan antara makanan sunnah yang dicari-cari umat Islam di seluruh dunia.

Bukan hanya menjadi tumpuan ketika berbuka puasa, kurma juga dijadikan amalan ramai diambil semasa bersahur.

Pelbagai jenama ada di pasaran seperti Mabroom Madinah, Yusuf Taiyoob, Kurma Ajwa dan sebagainya.

Dengan tekstur dan rasa yang berbeza, ada orang yang meminati buah kurma dan ada yang kurang menggemarinya namun inginkan khasiat kurma.

Seperti seorang wanita tampil membuat perkongsian cara untuk makan buah kurma yang sedikit berbeza.

Perkongsian Elle Izani Ellanie ini tular dan mendapat perhatian apabila ramai ingin mencuba cara yang sama.

Baca juga Sajian puding kurma yang ‘menggoda’ selera kita. Senang sangat, guna 6 bahan saja

Cara penyediaan;

Kurma+Butter (Anchor Salted Butter)

“Duk lalu lalang kat Facebook pasal makan kurma dengan butter ni. Katanya untuk orang yang tak berapa makan kurma bolehla try. Jadi sahur semalam try la sebiji. Sedap‼️ (Anchor Salted Butter)

“Berbuka tadi, makan lagi sebiji. Eh macam ketagih la pulak, hahaha. Pun Sedap! Rasa lemak-lemak gitu. Kalau dapat letak Salted Almond Roasted lagi kaw kot rasa. Crunchy pulak kan. (Emborg Unsalted).

“Jadi, (Anchor Salted Butter) lagi sedap. Sebab ada gabungan lemak-lemak masin manis gitu. Mungkin nanti boleh cuba dengan pure butter-butter lain pula. Tapi make sure pure butter. Buttercup, marjerin tu jangan la lain pulak rasa dia,” kongsinya.

Menjengah ruangan komen, ramai yang meninggalkan komen mengatakan itu memang gabungan terbaik bagi kurangkan rasa manis kurma bagi menahan lapar dan dahaga sepanjang hari.

Rata-rata warga maya ujar ia sangat sedap dan boleh menjadi ketagih. Ada yang mengatakan kurma butter tersebut lagi umph apabila ditambah kacang almond.

Sementara itu, berikut khasiat kurma yang anda perlu tahu;

1. Sumber serat

Dapat melancarkan saluran pencernaan dan mencegah sembelit. Secara saintifik, jika seseorang itu makan tujuh biji kurma setiap hari dapat membantunya membuang air besar secara teratur.

2. Fruktosa

Kurma juga dapat mengawal gula dalam darah kerana mempunyai kandungan fruktosa yang baik untuk tubuh badan. Fruktosa merupakan jenis gula semula jadi yang ada dalam buah.

3. Antioksidan

Iklan

Kurma mengandungi antioksidan yang tinggi dikenali sebagai flavonoid. Fungsi antioksidan ini dapat mengurangkan risiko diabetes, alzheimer dan kanser.

Baca juga Berkhasiat untuk otak, gigi & usus, kurma buah terbaik ibu boleh ajar anak makan

Rasulullah SAW berbuka dengan kurma

4. Meningkatkan daya ingatan

Kajian menunjukkan individu yang makan kurma dapat mengurangkan inflamasi pada otak sekali gus mengurangkan risiko penyakit alzheimer. Ia juga dapat meningkatkan daya ingatan.

5. Kesihatan tulang

Kurma mengandungi mineral iaitu fostor kalium, kalsium dan magnesium yang dapat menguatkan tulang anda daripada penyakit osteoporosis.

Iklan

Baca juga 3 langkah mudah buat Air Nabeez, Susu Kurma berkhasiat pemberi tenaga

6. Kesihatan seksual

Tahukah anda, kurma juga mempunyai kadar estradiol dan flavonoid yang tinggi. Ini berita baik untuk kaum Adam kerana ia dapat meningkatkan jumlah dan kualiti sperma.

Selamat mencuba dan menikmati kuah kurma bersama butter!

Sumber: Elle Izani Ellanie

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.