'Once broken, considered sold', suami isteri curang bersedia dengan kehilangan

Iklan
cerai penceraian

'Once broken, considered sold', suami isteri curang bersedia dengan kehilangan

ISU curang makin menjadi-jadi. Bukan sahaja di kalangan selebriti malah banyak berlaku kepada orang sekeliling.

Iklan
Iklan

Lihat sahaja di media sosial umpamanya, pelbagai masalah pasangan curang dapat kita baca. Berbanding lelaki, wanita selalunya menjadi mangsa dalam kes tersebut.

Walau apapun situasinya, kisah kecurangan pasangan bukanlah isu enteng.

Iklan

Bayangkan, selepas bertahun hidup bersama, mengandung dan melahirkan zuriat buat suami tercinta, mereka dihidangkan khabar yang meruntun jiwa.

Ada yang mengetahui hubungan sulit suami menerusi panggilan telefon rakan dan kenalan, menemui bukti mereka keluar bersama, mengesyaki perubahan mendadak serta paling mengecewakan apabila menjadi saksi kedua-duanya bermadu asmara.

Iklan

Justeru, pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah tampil beri pesanan padu buat pasangan suami isteri yang ada 'main kayu tiga' supaya beringatlah sebelum terlambat.

Baca juga Curang ni bukan paksaan, tetapi pilihan, pesanan Dr Fadzilah Kamsah buat suami isteri

Menerusi postingnya di Instagram, Dr Fadzilah menulis bahawa sesuatu hubungan yang retak gara-gara dicurangi takkan pernah kembali normal.

Menurutnya, biarpun hubungan pasangan itu reda dengan pujukan namun luka tetap akan terpahat di hati biarpun sudah memaafkan.

"Hubungan takkan pernah kembali normal apabila pasangan berlaku curang.

"Benar, kita boleh memaafkan. la boleh dilafazkan dan keadaan nampak seperti kembali normal. Si dia ‘move on’ dan begitu juga dengan kamu.

"Tetapi kita kena sedar ni, memaafkan tak bererti melupakan. Sungguh, pasangan memujuk, 'takpalah. Lupakanlah semua tu, maafkan saya ya.'

Baca juga Isteri berdepan suami curang, jangan semberono! Ini langkah sepatutnya dilakukan

"Lalu, kamu pun mengiyakan. Niat untuk reda tetapi bukan senang nak lupakan. Luka di hati, kan? Siapa yang tahu," kongsinya.

Sehubungan dengan itu, Dr Fadzilah yang sudah lama mengendali ribuan kes curang rumah tangga masyarakat turut memberi pesan terhadap mana-mana pasangan yang berlaku curang agar bersedia dengan kehilangan pasangan kelak.

"Maka buat kalian di luar sana yang bermain kayu tiga di belakang pasangan kamu, beringatlah sebelum terlambat.

"Ingatlah bahawa sebuah kepercayaan itu umpama kaca. 'Once broken, considered sold.' Sekali pecah, kalian yang kena menanggung ‘harganya’.

"Maka siaplah untuk kehilangan pasangan, hatinya, kepercayaannya dan sudah cinta," pesannya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.