Pesakit strok tak boleh bersenam pada waktu malam dan bukan semua boleh berpuasa. Ini keterangannya

Iklan
pesakit strok

Pesakit strok tak boleh bersenam pada waktu malam, bukan semua boleh berpuasa. Ini keterangannya

SELEPAS mengupas topik tentang kemampuan pesakit asma berpuasa pada minggu pertama Ramadan, Medik pada kali ini akan membincangkan pula tentang dilema golongan yang menderita strok.

Iklan
Iklan

Bukan apa, terdapat beberapa percanggahan yang berlaku.

Sesetengah pendapat mengatakan, tidak ada masalah dan tiada apa yang perlu dibimbangkan.

Iklan

Namun, sebilangan lagi menyatakan pendekatan berpuasa amat berbahaya.

Bagi mendapatkan pencerahan lanjut, SinarPlus mendapatkan dua pakar dari Gleneagles Hospital Kuala Lumpur untuk menjawab soalan-soalan yang sering diutarakan oleh banyak pihak terutama dalam kalangan penderita strok sendiri.

Iklan

Terlebih dulu, Pakar Perunding Bedah Saraf dan Otak, Dr Regunath Kandasamy (gambar)  menghuraikan secara umum bagaimana strok atau angin ahmar tercetus.

Jelas Dr Regunath, krisis kesihatan itu merupakan gejala yang berlaku apabila terdapat penyumbatan pembuluh darah pada otak atau terjadi pendarahan di dalam otak.

"Tisu otak yang kekurangan oksigen mengalami kerosakan tidak berbalik sehingga menyebabkan pesakit mengalami simptom pada kawasan otak yang terjejas. Lazimnya, gangguan yang paling selalu dialami adalah lemah pada kaki dan tangan di sebelah badan.

Mengambil kira situasi yang dinyatakan, Dr Regunath menyimpulkan, tiada masalah untuk pesakit strok berpuasa pada bulan Ramadan.

Ibadah itu bukan sahaja membantu penderita mengurangkan berat badan, malah dapat mengawal tekanan darah dan tahap gula dalam darah.

"Dengan cara ini, kelompok berkenaan juga berpotensi untuk mengurangkan risiko mengalami strok ulangan," ujarnya.

Kenyataan pakar itu, secara tidak langsung barangkali memberi kelegaan kepada pesakit strok.

[caption id="attachment_111166" width="800"] SUMBER Towfiqu Barbhuiya daripada PEXELS.[/caption]

Namun, apa ‘definisi‘ pesakit strok yang boleh berpuasa? Beritahu Dr Regunath, mereka terdiri daripada individu yang mampu berdikari dalam melaksanakan aktiviti seharian.

"Sekiranya pesakit berupaya menelan dan makan serta minum secara bebas tanpa sebarang komplikasi atau risiko, mereka boleh berpuasa. Ia juga diikuti dengan syarat mereka boleh makan sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain," ujarnya.

Pun begitu, pakar itu berkata, terdapat sesetengah pesakit strok mungkin ditegah daripada menunaikan ibadah puasa disebabkan penyakit lain yang dialami dan memerlukannya mengambil ubat demi mengekalkan hidrasi.

Dalam situasi sebegitu, mereka dinasihatkan sentiasa memantau peningkatan atau penurunan paras gula dan tekanan darah yang mendadak.

"Golongan itu juga disyorkan berhubung dengan pakar masing-masing untuk menilai status kesihatan jika wujud sebarang kemusykilan," katanya.

Kurangkan risiko kematian

Kepada satu soalan, Dr Regunath menjelaskan, faktor penyebab utama strok sumbatan arteri tidak dipengaruhi dengan ketara oleh masalah dehidrasi pada bulan Ramadan.

Paling penting, ujarnya, pesakit perlu memastikan minum air yang secukupnya semasa sahur dan berbuka puasa.

Pun demikian, beliau tidak menafikan tentang kewujudan sekumpulan kecil pesakit yang berisiko lebih tinggi untuk memperoleh strok ulangan disebabkan dehidrasi iaitu strok yang melibatkan saluran vena (thrombosis vena otak).

Apa akan jadi jika pesakit tetap berdegil meski dilarang oleh doktor untuk berbuat demikian?

Ujar Dr Regunath, pada kebiasaannya akan tercetus isu dehidrasi dan proses menelan yang lemah sehingga menyebabkan pneumonia aspirasi serta jangkitan lain akibat makanan yang masuk ke dalam paru-paru.

Pneumonia aspirasi adalah merujuk kepada infeksi dan peradangan pada paru-paru akibat kemasukan benda asing ke dalam paru-paru seperti air liur, muntah, minuman atau makanan.

Selain itu, kebarangkalian mendapat gastrik juga tinggi. Sesetengah pesakit yang diberi makan nasogastric bukanlah calon yang baik untuk berpuasa, beritahu pakar berkenaan.

[caption id="attachment_111172" width="800"] SUMBER Engin Akyurt daripada PEXELS.[/caption]

"Antara ancaman lain yang boleh berlaku adalah tekanan darah dan paras gula menjadi tidak terkawal sehingga boleh menyebabkan strok berulangan," kongsinya.

Mengenai pandangan yang mengatakan berpuasa dapat mengurangkan risiko kematian dan lemah jantung dalam kalangan pesakit, Dr Regunath memberi penjelasan.

Terang beliau, secara teknikalnya, puasa boleh mengurangkan pengambilan kalori, meningkatkan ketahanan insulin dan mengurangkan tekanan darah, gula darah serta kolesterol.

"Ia secara tidak langsung dapat mengurangkan faktor risiko utama untuk dapat strok. Jadi, ya, berpuasa memang membantu kurangkan risiko seseorang diserang angin ahmar lagi, dengan syarat individu itu memang selamat untuk menunaikan ibadah berkenaan," katanya.

Tak boleh bersenam waktu malam

Mengenai aturan pengambilan ubat untuk pesakit strok ketika Ramadan, Pakar Perunding Endokrina dan Diabetes, Dr Saiful Kassim (gambar) mengambil posisi untuk menjawabnya.

Ujar Dr Saiful, pesakit dinasihatkan mengambil ubat-ubatan pada waktu pagi (tidak menyebabkan penurunan gula dalam darah atau tekanan darah yang mendadak semasa sahur). Sementara, bakinya boleh diambil ketika berbuka puasa atau sebelum tidur.

Pada setiap masa, mereka juga perlu memeriksa perkembangan diri terutama dari segi paras peningkatan atau penurunan gula dan tekanan darah.

"Diabetes, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi kesemuanya merupakan faktor risiko utama terjadinya strok. Justeru, ubat perlu diambil dengan secukupnya," katanya yang turut mengingatkan agar pesakit dalam kondisi serius mengelak daripada menjalani Rukun Islam ketiga itu.

[caption id="attachment_111168" width="800"] SUMBER Gustavo Fring daripada PEXELS.[/caption]

Ujar Dr Saiful, kelompok tersebut sebenarnya masih boleh melakukan senaman ringan.

Antaranya seperti yoga dan berjalan kaki. Namun, sebaik-baiknya sebelum berbuka puasa.

Paling tidak, mereka boleh keluar berjalan secara perlahan di sekitar kawasan perumahan dan menyasarkan untuk mencapai 5,000 langkah atau lebih.

Situasi itu boleh menyebabkan risiko serangan jantung dan strok bertambah.

"Sila ambil perhatian bahawa tempoh itu adalah masa yang baik untuk solat tarawih dan bukannya untuk rejim senaman yang intensif," pesannya.

Kami turut membincangkan tentang pengambilan makanan dan minuman ketika berbuka puasa dan sahur khusus untuk pesakit strok tidak mengira tahap.

Ujar Dr Saiful, mereka diminta mengelak daripada menikmati makanan bergoreng dan makan secara sederhana sahaja.

[caption id="attachment_111170" width="800"] SUMBER Karolina Grabowska daripada PEXELS.[/caption]

[caption id="attachment_111171" width="800"] SUMBER Pixabay daripada PEXELS.[/caption]

Pastikan kawalan perkadaran dilakukan secara bijak iaitu setengah pinggan sayur-sayuran, suku protein seperti ikan atau ayam yang dikukus atau dibakar dan suku karbohidrat yang tidak ditapis seperti beras perang atau basmati (saiz bersamaan setengah penumbuk).

"Selain itu, elakkan makanan karbohidrat tinggi seperti kek, biskut, pastri, roti dan gula-gula kerana ia cepat terurai di dalam perut, selain rembesan insulin tidak dapat menampung sehingga boleh membuatkan mereka rasa lapar semasa berpuasa.

"Paling baik, makan karbohidrat yang lambat terbakar seperti oat terutama ketika bersahur," katanya.

BACA JUGA: Anak lumpuh, suami strok. Zawani dah tak fikir soal makan sedap ketika berbuka, kesihatan keluarga lebih utama

BACA JUGA: 2 kali ganda risiko diserang strok, wanita usia 35 tahun perlu tahu ini

#kesresponden

Dua tahun tak berpuasa, terpaksa tinggalkan makanan & sukan kegemaran

BERMULA dengan hipertensi tahap teruk, Mohd Salam Muaz, 48, menderita penyakit strok pula.

Kata Mohd Salam, kerjayanya sebagai pengarah urusan di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur membuatkan beliau terlupa menjaga kesihatan diri sendiri.

Natijahnya, apabila ditimpa penyakit-penyakit itu, beliau bukan sahaja tidak dapat bermain sukan kegemaran, malah disarankan untuk tidak berpuasa selama dua tahun berturut-turut.

"Semasa saya mula dikesan menghidap angin ahmar, keadaan saya amat teruk. Badan longlai. Kepala selalu rasa macam berpusing saja. Hampir sebulan saya ditempatkan di wad dan kebetulan pada waktu itu adalah bulan Ramadan. Jadi, saya memang dilarang berpuasa walau saya rasakan diri ini berkemampuan menunaikan ibadah itu.

"Kata doktor, apabila tahap tekanan darah tinggi saya belum stabil, ajal boleh menjemput saya pada bila-bila masa jika saya berbuat demikian," katanya ketika ditemu bual menerusi aplikasi TikTok baru-baru ini.

[caption id="attachment_111167" width="800"] SUMBER Nathan Cowly daripada PEXELS.[/caption]

[caption id="attachment_111169" width="800"] SUMBER Mateusz Dach daripada PEXELS.[/caption]

Kongsi Mohd Salam, selepas keluar dari hospital, beliau menerima rawatan susulan dari aspek pemakanan, senaman termasuk diminta memperlahankan sedikit kerjayanya.

"Bab pemakanan saya memang sudah mengubah tabiat lama. Daripada makanan jenis bergoreng, kini saya hanya ambil jenis kukus saja. Saya juga sudah menggantung raket dan tidak lagi bermain golf seperti dulu.

"Namun, bab kerja itu, saya susah nak tunaikan kerana posisi saya sangat besar di syarikat saya bekerja sekarang. Apa yang saya lakukan memendekkan waktu kerja dari pukul 10 pagi hingga 8 malam berbanding pukul 12 tengah malam sebelum ini," katanya.

Seperti yang dinyatakan, Mohd Salam tidak dibenarkan berpuasa demi mengelak hidrasi.

"Dua tahun selepas itu, doktor beri kebenaran, itupun saya tak mampu puasa sebulan penuh. Bila saya rasakan ada tak kena dengan badan saya seperti rasa menggeletar, saya terus berbuka puasa," katanya.

Pada masa sama, bagi mengelak obesiti, lelaki itu berkata, beliau hanya berjalan sekitar taman rekreasi seminggu sekali.

"Saya pernah cuba nak naik tangga dari tingkat satu sampai tujuh, tapi ‘pancit‘. Sampai tingkat tiga, saya sudah rasa macam nak tercabut jantung ini," selorohnya.