RESTORAN Temasya di Hotel dan Pusat Konvensyen Movenpick KLIA, Sepang pada kali ini mengetengahkan konsep hidangan tradisional dengan tema Bazaar Ramadan Nostalgia Selera Orang Kita.
Ia secara tidak langsung bakal mengembalikan momen atau kenangan zaman kanak-kanak para pengunjung.
Cuba juga Mudah resipi telur dadar crispy sedap sama macam kedai Siam, rahsianya satu bahan
Secara keseluruhan, terdapat 17 gerai dengan hampir 120 menu lazat lagi mengiurkan yang dikemudikan oleh Chef Al Fitri.
Penulis yang dipelawa mencuba sajian iftar di sana tertarik dengan sajian Nasi Lemak Kukus Tong Kayu, Nasi Apollo, sate dan kambing panggang.
Apa yang boleh dikatakan, Hotel dan Pusat Konvensyen Movenpick KLIA sangat sesuai menghimpunkan ahli keluarga, kenalan, klien mahupun rakan sepejabat beriftar.
Selain kelazatan hidangan, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan kumpulan nasyid Rabbani dan Saujana.
Baca juga Kulit rangup, inti sedap. Ini cara buat karipap daging kurma mak-mak wajib cuba
Lokasi hotel yang terletak bersebelahan dengan Masjid Sultan Abdul Samad memudahkan tetamu untuk menunaikan solat tarawih.
Bazaar Ramadan Nostalgia Selera Orang Kita
Alamat: Kompleks TH Sepang, Jalan Masjid Klia, Sepang, Selangor
Tarikh: 25 Mac hingga 20 April 2023
Menu signatur: Pelbagai lauk salai Negeri Sembilan, Nasi Apollo, kambing panggang, nasi yemen, Nasi Lemak Kukus Tong Kayu, gulai kawah, aneka kuih tradisional Melayu dan Asia Barat
Harga: Dewasa (RM138), kanak-kanak (RM6 ) dan warga emas (RM98)
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.