Kulit rangup, inti sedap. Ini cara buat karipap daging kurma mak-mak wajib cuba

SEBUT sahaja karipap, ramai yang menggemarinya. Mana tidaknya, kuih lejen itu boleh dinikmati bila-bila masa sahaja seperti sarapan pagi, minum petang dan waktu kudap-kudapan.

Terdapat pelbagai variasi karipap, ada yang biasa, pusing, mahupun kulit rangup dengan bermacam bahan inti antaranya kentang, keledek, sardin dan sebagainya.

Jika biasa yang kita jumpa karipap perisa kari, apa kata cuba pula inti daging kurma ini.

Pastinya sedap! Rasa daging yang lembut dan rempah kurma bersatu memberi kelazatan yang cukup istimewa.

Ditambah pula dengan kulit karipap yang rangup bila digigit nyata memberi kesempurnaan rasa karipap yang dicari-cari selama ini.

Melihat perkongsian Shida Razak KC ini di Facebook nyata cukup menyelerakan.

Buat sendiri sangat puas hati sebab boleh letak inti banyak-banyak. Jom cuba, pasti anak-anak ibu suka ni.

Bahan-bahan inti;

  • 500 gm daging rebus empuk dan dihiris dadu. Atau nak hiris dadu siap-siap dan rebus empuk pun boleh
  • 1 kg kentang
  • 100 gm serbuk kurma
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 2 ulas bawang merah dihiris
  • 5 ulas bawang putih dihiris
  • Serbuk kayu manis
  • Stock rebusan daging
  • Garam & gula secukup rasa
  • 1 kiub daging

Cuba juga Sedapnya daging masak hitam, mudah sangat nak masak untuk jamu tetamu sempena Aidiladha

Cara membuatnya;

1. Rebus daging hingga lembut dan ketepikan. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga berbau harum.

2. Masukkan serbuk kurma, lada hitam dan serbuk kayu manis yang telah dibancuh dengan sedikit air.

3. Tumis seketika sehingga pecah minyak dan kemudian masukkan daging yang telah direbus tadi.

4. Masukkan kentang dan stock rebusan daging secukupnya untuk bagi kentang empuk. Tunggu sampai kentang empuk. Masukkan daun sup. Siap!

Iklan

Resipi kulit karipap rangup sampai petang;

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 2 sudu besar marjerin

Cara membuatnya;

1. Gaul semua bahan di atas sampai jadi macam serbuk roti.

2. Panaskan 1/3 cawan minyak, dah panas tuangkan kat tepung dan marjerin tadi & gaul dulu dengan sudu.

Cuba juga Tip lembut dan empukkan daging dengan cepat guna ais batu, minyak masak. Kena cuba!

3. Kemudian, masukkan air sejuk dalam peti anggaran satu cawan sedikit demi sedikit dan ulilah sampai tak melekat kat tangan dan menjadi doh yang cantik.

Iklan

4. Tutup dan rehatkan doh tadi selama 30 minit. Cukup 30 minit, uli semula doh tadi dan boleh start gelekkan sedikit demi sedikit doh dan boleh bentuk dalam acuan serta masukkan inti karipap pilihan sendiri dan sedia untuk digoreng. Siap.

Semoga bermanfaat! Selamat mencuba

Sumber: Shida Razak KC

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.