Lembut bergedik cair di mulut! Ini resipi som som sagu gula Melaka wajib cuba
SOM som sagu gula Melaka merupakan sajian manisan tradisional Melayu. Sememangnya sangat sedap dan menyelerakan.
Cair di mulut, kelembutan adunan tepung beras dengan rasa lemak santan ang digabung bersama sagu dan kemanisan gula Melaka menghasilkan rasa yang cukup sedap hingga tak terkata.
Ia sesuai dijadikan menu minum petang atau sebagai dessert seisi keluarga.
Som som sagu gula Melaka juga boleh dijadikan hidangan kuih-muih untuk berbuka puasa.
Resipinya cukup mudah dan gerenti jadi. Jom cuba sendiri di rumah dijamin puas hati.
SAGU (lapisan bawah)
Bahan-bahannya;
- 1 cawan sagu
- 3 cawan air
- 2 helai daun pandan
- Sedikit pewarna hijau
Cuba juga Resipi kuih kasturi mudah dan sedap, wajib cuba kudap orang dulu-dulu
Cara membuatnya;
1. Masak air bersama daun pandan hingga mendidih. Kemudian masukkan pewarna hijau. Kacau.
2. Keluarkan daun pandan dan masukkan sagu. Kacau hingga pekat. ( masa ni sagu masih bermata ikan). Padam api.
3. Tuang sagu ke dalam bekas kecil. Kukus selama 15 minit sehingga sagu menjadi jernih. Sejukkan.
Cuba juga Karipap inti carbonara untuk buka puasa, memang sekejap jer licin. Budak-budak memang suka makan
KANJI SOM SOM (lapisan atas)
Bahan-bahannya;
- 1/2 cawan tepung beras
- 4 cawan santan
- Garam secukup rasa
Cara membuatnya;
1. Satukan kesemua bahan di dalam periuk. Sebatikan dan masak hingga pekat dan meletup-letup dengan api sederhana. Pastikan sentiasa dikacau untuk elak berketul.
2. Tuang adunan kanji ke atas sagu tadi. Sejukkan.
Cuba juga Resipi kuih kasturi mudah dan sedap, wajib cuba kudap orang dulu-dulu
AIR GULA
Bahan-bahannya;
- 1 1/2 cawan air
- 4 keping gula kerek/Melaka (boleh guna gula merah)
- 1/4 cawan gula pasir
- 2 helai pandan disimpul
Cara membuatnya;
1. Satukan semua bahan dan masak guna api sederhana hingga mendidih. Tapis dan sejukkan. Tuang ke atas kuih bila hendak dinikmati.
Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.
Sumber: Nurul Awatif
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.