Resipi kuih kasturi mudah dan sedap, wajib cuba kudap orang dulu-dulu

ADA tak yang suka makan kuih kasturi ni? Kuih ni antara kudapan orang dulu-dulu yang mudah dibuat dan sedap dimakan.

Kuih kasturi ni dikenali juga sebagai rengas atau kuih kacang hijau. Mudah sangat nak buat, hanya perlukan bahan-bahan ringkas dan adunan salutan untuk menggoreng.

Kuih tradisional orang Melayu ni nampak je simple, makan panas-panas sebiji pun tak cukup tau!

Bagi yang ingin mencuba atau gemar kuih kasturi ni apa kata anda buat sendiri baru puas hati. Ia rangup di luar dan lembut di dalam. Jom cuba!

Bahan-bahannya;

  • 1 1/4 kg kacang hijau direbus empuk
  • 2 sudu gandum
  • Secawan kelapa parut (jika ada)
  • Garam
  • Gula
  • Tepung gandum
  • Tepung jagung

Cuba juga Lembut sedap dimakan sejuk-sejuk, ini cara buat sendiri taufu fa. Renyah tapi mudah je bersih pula tu

Kuih kasturi yang belum disalut dan digoreng.

Cara membuatnya;

1. Kacang hijau yang direbus diadun bersama dua sudu besar tepung gandum. Masukkan kelapa parut dan garam serta gula mengikut selera.

2. Untuk saduran kuih campurkan tepung gandum dan tepung jagung dengan nisbah 3:2 serta sedikit garam. Bancuh bersama air sehingga menjadi adunan tidak terlalu pekat atau cair. (Boleh juga masukkan satu sudu air kapur).

3. Panaskan minyak sehingga betul-betul panas dan bolehlah mula menggoreng. Siap untuk dihidang.

Cuba juga Senangnya buat kuih kaswi gedik, resipi confirm jadi hanya guna sukatan cawan

Iklan

Tip:

1. Adunan untuk saduran boleh juga menggunakan tepung gandum, beras dan tepung kentang dengan nisbah 3:2:1

2. Tak perlu goreng lama sebab adunan ini sudah masak juga agar kacang tidak jadi hitam atau keras.

Iklan

Selamat mencuba!

Sumber: Myss Deen

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.