Wanita sebabkan kematian 8 remaja basikal lajak dibebas tuduhan, ini kronologi & 6 info berkaitan

Iklan
basikal lajak (1)

Wanita sebabkan kematian 8 remaja basikal lajak dibebas tuduhan, ini kronologi & 6 info berkaitan

MASIH ingatkan anda kes kematian lapan remaja berbasikal lajak dirempuh sebuah kereta pada enam tahun lalu?

Iklan
Iklan

Tragedi yang berlaku pada 18 Februari 2017 itu menjadi perhatian negara, lapan remaja lelaki berusia 13 hingga 17 tahun yang menunggang basikal lajak, maut dirempuh kereta di Jalan Lingkaran Dalam bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru.

Setelah enam tahun berlalu, wanita yang juga seorang kerani, Sam Ke Ting dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Iklan

Menurut laporan media tempatan, berikut info berkaitan;

1. Panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail yang bersidang bersama Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azman Abdullah membuat keputusan secara sebulat suara sekali gus mengetepikan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Tinggi terhadap Ke Ting, 28, selaku perayu.

Iklan

2. Semasa membaca keputusan penghakiman semalam, Hadhariah berkata, hakim Mahkamah Tinggi hanya memfokuskan pada pemandu tapi bukan kepada kumpulan lajak basikal itu.

3. Berlainan dengan Mahkamah Majistret yang membuat penilaian secara maksimum dengan memfokuskan semua sudut yang mana kemalangan itu mustahil dapat dielakkan.

4. Ujarnya, satu cara untuk mengelak kemalangan adalah kereta itu ‘terbang’ ketika melalui kumpulan basikal lajak berkenaan.

5. Beliau berkata, dapatan Mahkamah Majistret adalah tepat kerana tiada cara lain hendak mengelak kemalangan itu.

6. Dalam prosiding ini, peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik hadir bagi mewakili Ke Ting manakala pendakwaan selaku responden diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman.

Artikel berkaitan: Kes langgar mati 8 remaja basikal lajak, wanita dipenjara 6 tahun. 11 fakta berkaitan

Dalam pada itu, Ke Ting akui dirinya sentiasa dihantui setiap detik dengan tragedi berkenaan.

"Setiap detik dan pemikiran saya dihantui kejadian malang yang mengorbankan remaja itu dan saya akan bawanya hingga ke kubur.

"Kata-kata saya tidak dapat membawa arwah kembali ke pangkuan keluarga, tetapi saya ingin sampaikan kepada keluarga mereka, bahawa saya turut memikul keperitan tragedi itu.

"Saya dengan suci hati memohon maaf kepada mereka walaupun saya tahu dan faham bahawa kemaafan itu berat untuk diterima," katanya.

Bagaimanapun, dia berkata, kemalangan tersebut tidak disengajakan.

Selain itu, Ke Ting turut mengucapkan terima kasih kepada mahkamah dan para hakim kerana mendengar pembelaannya dengan adil.

KRONOLOGI KEJADIAN

  1. Pada 18 Februari 2017, lapan remaja lelaki berusia 13 hingga 17 tahun yang menunggang basikal lajak, maut dirempuh kereta di Jalan Lingkaran Dalam bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru.

2. Pada 28 Mac tahun sama, pemandu wanita itu tidak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret sama, atas pertuduhan memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal.

3. Ke Ting ketika kejadian berusia 22 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru pada jam 3.20 pagi, 18 Februari 2017.

4. Dalam kejadian itu, lapan remaja yang maut ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

Baca juga Banyaknya kelebihan basikal lipat, patutlah jadi trend pilihan ramai

5. Pada 28 Oktober 2019, dia dibebaskan oleh mahkamah itu namun pada 18 Februari 2021, Mahkamah Tinggi Johor Bahru memerintahkan pemandu wanita itu membela diri atas pertuduhan berkenaan, selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

6. 10 Oktober tahun sama, Mahkamah Majistret mengekalkan keputusan melepas dan membebaskannya.

7. Sehari kemudian, pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan terhadap pembebasan itu.

8. Bagaimanapun pada 13 April 2022, Mahkamah Tinggi mengenepikan keputusan Mahkamah Majistret dan memerintahkan Ke Ting dipenjara enam tahun dan didenda RM6,000.

9. Keesokkan harinya, peguam yang mewakili wanita itu, Muhammad Faizal Mokhtar memfailkan notis usul bagi kebenaran merayu dan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda itu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.