BERBASIKAL adalah hobi yang cukup digemari pelbagai peringkat usia. Malah aktiviti  berbasikal juga bagus untuk kesihatan.

Namun beberapa tahun lalu, kanak-kanak dan remaja terlalu kreatif sehingga terciptanya basikal lajak yang menjadi fenomena suatu ketika dahulu.

Baca juga: Kes langgar mati 8 remaja basikal lajak, wanita dipenjara 6 tahun. 11 fakta berkaitan

Menurut Public Health Malaysia, basikal yang telah melalui pelbagai modifikasi itu sangat bahaya kepada kanak-kanak termasuk lapan faktor ini;

1. Kedudukan kerusi yang tidak ergonomik ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

2. Terdedah kepada risiko kecederaan otot dan tulang belakang kerana postur kerusi yang tinggi manakala badan perlu membongkok pada jangka masa yang lama.

3. Boleh menyebabkan kecederaan lutut atau koyak lutut kerana keadaan basikal rendah serta kedudukan membongkok memerlukan tenaga dan daya yang tinggi.

4. Kecederaan pada tangan dan badan susulan getaran daripada basikal yang diubah suai.

5. Basikal kecil tidak sesuai dengan badan.

6. Risiko kecederaan kepala jika tidak memakai tepi keledar.

7. Basikal lajak diubah suai dengan membuang sistem brek. Ini bakal mengundang risiko kemalangan.

8. Tiada loceng untuk menarik perhatian ketika berlaku kecemasan.

Justeru, sebagai anggota masyarakat kita perlu mencegah dan mengwasi remaja dan kanak-kanak agar tidak mengubah basikal mereka kepada basikal lajak.

Dalam pada itu Jabatan Keselamatan Jalan Raya berkongsi info grafik yang menyatakan ibu bapa boleh didenda penjara lima tahun atau RM20,000 sekiranya terbukti mengabaikan keselamatan anak-anak di bawah umur yang terlibat dalam aktiviti basikal lajak.

Justeru, awasi dan pantai aktiviti anak kerana sebagai ia boleh mengakibatkan anda dipenjara.

Iklan

Baca juga: Dulu ‘budak lajak’ kini ‘mat lajak’ pula buat hal, Malaysia perlu peraturan khas!

8 MAUT, KERANI DIPENJARA 6 TAHUN

Baru-baru ini kes berkaitan basikal lajak di Johor Bahru menjadi tular di laman sosial.

Ia susulan kerani wanita dipenjara enam tahun dan didenda RM6,000 kerana kesalahan memandu yang melulu hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lalu.

Kes langgar mati 8 remaja basikal lajak, wanita dipenjara 6 tahun. 11 fakta berkaitan

Iklan

Sam Ke Ting, 26 , melanggar kumpulan remaja berkenaan pada jam 3.20 pagi dan keadaan berbahaya itu disebabkan kumpulan berbasikal tersebut selain daripada pencahayaan yang malap dan pokok besar di laluan berkenaan.

Lapan remaja yang berumur antara 13 hingga 17 tahun itu maut ditempat kejadian.

Baca juga: Basikal berjenama ‘tak selamat’ dah makin panas!

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI