KEPADA peminat makanan laut, pilihan anda ke The Manhattan FISH MARKET pasti menceriakan.
Ketua Pegawai Eksekutif Revenue Valley Sdn Bhd, Daniel Chan Lek Seong berkata, pada Ramadan kali ini, pihaknya melancarkan kempen Kampung Kat Sea-Nie dengan menawarkan pelbagai pilihan enak diinspirasikan daripada rasa tempatan.
Antaranya seperti Asam Sambal Manhattan Fish ‘N Chips Alaskan Pollock.
Ikan pollock akan disalut dengan tepung nipis, digoreng sehingga keemasan dan dihidangkan dengan sos asam sambal.
Baked Sambal Belado Cherry Snapper pula disajikan dengan nasi herba bawang putih dan brokoli untuk melengkapkan sajian.
Baca juga Nasi Kibas Dulang Besar pukau selera. Menu signatur hotel ini jadi rebutan
Jika anda hadir dalam kumpulan, sajian Baked Whole Siakap dialu-alukan untuk dipesan. Sos ala Korea yang dimasak dengan cendawan enoki dan kubis dibakar sempurna menjadikan gabungan rasa tempatan dan Korea sangat terserlah.
Ujar Daniel, The Manhattan FISH MARKET juga memperkenalkan dua minuman baharu iaitu pudina laici dan air katira.
"Set menu kombo tersedia iaitu Platter Berdua, Makan Bersama Platter (empat orang) dan Makan Beramai Platter (enam orang)," katanya.
Pesanan penghantaran makanan juga terdapat di GrabFood, foodpanda dan ShopeeFood.
Kampung Kat Sea-Nie
Alamat: Semua cawangan The Manhattan FISH MARKET di seluruh Malaysia
Tarikh: 6 Mac hingga 21 Mei 2023
Menu signatur: Asam Sambal Manhattan Fish ‘N Chips Alaskan Pollock, Baked Sambal Belado Cherry Snapper dan air katira
Harga: Bermula RM12
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.