Pernah dengar fasal penyakit GERD? Ini ciri-ciri yang mungkin pernah ramai alami tapi tak ambil kisah
SEMINGGU sahaja lagi kita akan meraikan Aidilfitri.
Sudah tentu masing-masing dah tak sabar mahu pulang bertemu sanak saudara di kampung halaman.
[caption id="attachment_111921" width="800"] SUMBER Thirdman daripada PEXELS.[/caption]
Dah terbayang-bayang dah lemang, ketupat, rendang dan lontong. Memang rasa rugi lepaskan begitu sahaja, kan? Lebih-lebih selepas sebulan menahan lapar dan dahaga.
Makan tetap makan, tapi awas ya kepada mereka yang mempunyai masalah Gastroesophageal Reflux Disease (GERD).
Menurut laman web antarabangsa, Cleveland Clinic, GERD atau penyakit refluks asid adalah merujuk kepada keadaan kandungan asid dalam perut yang bocor dan memasuki bahagian salur makanan di antara tekak dan perut iaitu esofagus.
[caption id="attachment_111922" width="800"] SUMBER Towfiqu barbhuiya daripada PEXELS.[/caption]
"Refluks asid biasa berlaku hampir pada semua orang. Pun demikian, adalah perkara biasa jika seseorang mengalami refluks asid dan pedih hulu hati.
"Bagaimanapun, jika anda mengalami simptom tersebut lebih daripada dua kali seminggu dalam tempoh beberapa minggu dan sering mengambil ubat untuk pedih hulu hati, anda mungkin mengalami GERD,” katanya.
Masalah kesihatan tersebut perlu dirawat bagi mengelakkan hal yang lebih serius berlaku.
Okey, macam mana nak tahu gejala atau simptom yang sering dialami oleh pesakit GERD, berikut penerangan Mayo Clinic:
1) Pedih hulu hati terutamanya selepas makan dan semakin memburuk pada waktu malam atau ketika berbaring.
2) Memuntahkan makanan atau cecair masam.
3) Tidak selesa pada kawasan abdomen dan sakit dada.
4) Sukar menelan.
Jika anda ada semua ciri-ciri yang dinyatakan, segeralah jumpa doktor.
Makanan perlu elak
Ramai yang tanya, apa jenis makanan yang perlu pesakit GERD elakkan supaya Syawal yang sepatutnya dirai dengan gembira tidak berakhir di hospital?
[caption id="attachment_111934" width="533"] SUMBER Rajesh TP daripada PEXELS.[/caption]
Untuk itu, kami merujuk Healthline. Antara yang perlu dielakkan adalah seperti berikut:
1) Makanan tinggi lemak atau bergoreng seperti kentang goreng, kerepek kentang, mentega, keju, aiskrim dan daging merah.
2) Makanan pedas.
3) Buah-buahan dan sayur seperti nenas, tomato, bawang putih dan bawang merah. Selain itu, kumpulan buah sitrus seperti oren, limau gedang, lemon dan limau.
4) Minuman seperti alkohol, kopi, teh, minuman bergas dan jus sitrus atau tomato.
5) Makanan lain seperti coklat, pudina atau makanan diproses.
6) Ubat-ubatan seperti antibiotik, aspirin atau ubat tahan sakit lain.
Makanan-makanan yang dinyatakan memang akan membuatkan GERD yang dialami menjadi lebih buruk.
Makan boleh, tapi bersederhanalah. Jangan balas dendam nak makan semua menu pada masa serentak. Bawa bersabar.
[caption id="attachment_111924" width="800"] SUMBER Jeshoots.com daripada PEXELS.[/caption]
Baca juga: Meninggal dunia akibat penyakit refluks gastrik timbul tanda tanya. Ini yang ramai perlu tahu
Baca juga: Pedih ulu hati petanda obesiti. Ketahui cara pencegahan agar tidak berulang
Utamakan kesihatan sebab kesihatan harganya adakalanya bernilai jutaan ringgit.
Satu lagi, ubahlah gaya hidup dan permakanan bagi mengurangkan simptomnya. Jangan main makan saja, ingat tubuh badan kita nak pakai lama.
Makan berpada-pada, raya biar bergaya. Tak gitu?
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.