BERBEZA dengan destinasi iftar lain, Mines Beach Resort, Seri Kembangan, Selangor mengetengahkan piza durian D24 sebagai pelengkap kepada bufet Ramadan bertemakan Selera Orang Kampung.
Chef de Partie, Mohammed Yousef Algherbawi berkata, menu tersebut sesuai kepada peminat durian tegar.
"Kelainan yang kami bawakan ini diharap memberi kepuasan kepada para pelanggan yang bertandang ke Mines Beach Resort," katanya.
Selain piza, kuih-muih lain seperti cucur, pisang, popia, pengat pisang, buko coklat dan keropok lekor goreng turut disediakan.
Selain sajian pencuci mulut itu, sejajar dengan konsep yang dibawakan, Mohammed Yousef berkata, hidangan lain yang memukau selera ialah kambing golek, itik salai masak lemak dan asam pedas.
Baca juga Keunikan sajian autentik Indonesia-Malaysia bikin kecur air liur. Ayam Pop Minang sajian wajib cuba
Daripada 100 masakan yang disediakan, stesen sajian Arab yang menghidangkan shawarma dan nasi mandy juga harus dicuba.
Selera Kampung Mines Beach Resort
Alamat: Jalan Dulang, Mines Wellness City, Seri Kembangan, Selangor
Tarikh: 24 Mac hingga 21 April 2023
Menu signatur: Piza Durian D24, kambing golek, itik salai masak lemak, asam pedas dan sup tulang
Harga: RM98 (dewasa) dan RM58 (kanak-kanak)
Baca juga Nasi Ayam Golek Istana resipi turun-temurun keluarga Cef Ismail jadi taruhan sepanjang Ramadan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.