RESTORAN Rebung antara lokasi yang sentiasa penuh dengan warga kota untuk berbuka puasa.

Pada tahun ini, Nasi Ayam Golek Istana menjadi taruhan utama premis yang diasaskan oleh Datuk Cef Ismail Ahmad itu.

Bertemakan Santapan Di Raja, Cef Ismail turut mengetengahkan hidangan yang merupakan resipi turun-temurun keluarganya.

“Nasi Ayam Golek Istana ialah menu khas yang disediakan khas untuk Ramadan sahaja. Di samping itu, kami juga menyediakan daging salai masak lemak cili api, ikan patin masak tempoyak dan pari masak asam pedas.

Nasi Ayam Golek Istana

Nasi Ayam Golek Istana

“Restoran Rebung juga mendirikan 10 gerai khusus untuk makanan seperti martabak, ikan kembung percik, set nasi kerabu Kelantan, sup tulang, pecal dan banyak lagi,” katanya yang menjamin semua masakan yang disajikan memenuhi kecenderungan orang ramai.

Baca juga Danok Thai Beef Salad, sup tulang merah bikin ramai tak keruan di Hotel LaCrista

Baca juga Hidang lebih 100 menu, Melor Garden Wedding perkenal iftar konsep Madani pada harga rahmah

Iklan

Nasi Ayam Golek Istana

Bufet Ramadan Santapan Di Raja
Alamat: No 1, Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur
Tarikh: 23 Mac hingga 20 April 2023
Menu signatur: Nasi Ayam Golek Istana, daging salai masak lemak cili api, ikan patin masak tempoyak, pari masak asam pedas
Harga: RM99 (dewasa) dan RM69 (kanak-kanak 5-12 tahun)

Iklan

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.