Cara masak daging dendeng sedap, ini sukatan untuk sekilo daging

Iklan
sinarplus (12)

Cara masak daging dendeng sedap, ini sukatan untuk sekilo daging

DAGING dendeng salah satu menu wajib ada pada hari raya. Kebiasaannya daging dendeng dihidang bersama dengan ketupat, lemang dan nasi himpit.

Iklan
Iklan

Dah bosan dengan rendang dan kuzi, apa kata tahun ni buat daging dendeng pula. Selain dimakan dengan ketupat dan lemang, ia juga boleh sahaja dijadikan lauk untuk dimakan dengan nasi putih atau roti. Daging dendeng ni memang versatile!

Baca  juga: 4,500 share, cara mudah buat lemang cawan, tak perlu buluh, jimat duit & masa

Iklan

Baca  juga: Cara rebus ketupat nasi versi jimat gas dan elektrik, mudah sangat!

"Resipi dendeng ni sebenarnya ada banyak. Lain orang, lain cara buat dendeng. Ikut selera masing-masing. Kebanyakan resipi ni memang datang dari orang lama seperti nenek atau mak kita

Iklan

"Siapa suka makan daging dendeng boleh cuba resipi ni. Anda nak buat jual pun boleh. Daging dendeng ini kalau nak beli sekilo memang mahal tapi Alhamdulillah rezeki saya tetap tak putus,” kongsi Jue Izam Jaafar yang mewarisi resipi daripada ibunya yang berdarah Minang.

Baca  juga: Sedapnya kuah kacang, resipi turun temurun yang simple tapi padu

Resipi Daging Dendeng

Bahan-bahan

1 kg daging batang pinang

5 ulas bawang merah*

Seulas bawang putih*

50 gram lada hitam *(suka pedas boleh tambah)

4 sudu besar cili kisar

1 batang kulit kayu manis

1 batang serai(dititik)

Kicap jenama Jalen lemak manis

Cara penyediaan

1-Tumbuk bahan bertanda *

2-Rebus daging, angkat sejukkan dan hiris.

3-Tumbuk nipis setiap kepingan daging menggunakan lesung.

4-Gaul rata dengan kicap lemak tadi dan perap sekejap dalam 10 minit.

5-Gaul mesti rata dan pastikan semua daging mesti bersalut kicap. Kicap lebih tak mengapa.

6-Selepas 10 minit goreng daging yang diperap. Pastikan jangan terlampau garing. Angkat, tos dan ketepikan.

7-Tumis kayu manis sehingga naik bau. Kemudian masukkan serai.

8-Masuk semua bahan tumbuk. Apabila naik bau masukkan cili kisar.

9-Tumis sehingga cili masak dan masukkan daging yang telah di digoreng tadi.

10-Gaul rata dan tutup api. Angkat dan sedia dihidang.

Baca  juga: 1,900 share, resipi Rendang Ayam Cili Api Negeri Sembilan, pedas dan sangat sedap!

Selamat mencuba!

Sumber: Jue Izam Jaafar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.