RENDANG salah satu sajian kemestian di Aidil Fitri. Ada bermacam jenis rendang yang popular mewakili negeri-negeri di serata Malaysia misalnya seperti rendang Tok dari Perak, rendang rempah kari Johor dan paling sedap rendang cili api Negeri Sembilan.

Menggunakan santan kelapa, campuran pelbagai rempah khas yang dikisar iaitu seperti cili, serai, lengkuas, kunyit, halia, bawang putih, bawang merah dan aneka rempah ratus, setiap suapan rendang penuh perisa. Enak dimakan dengan lemang, pulut kuning, ketupat palas, ketupat nasi dan roti.

Bagi anda yang merancang menyediakan rendang untuk santapan 1 Syawal nanti, apa kata mencuba Rendang Ayam Cili Api Negeri Sembilan pula. Mudah dan ringkas, sekejap sahaja siap. Bagi anda yang suka makan pedas, rendang ni pasti kena dengan selera.

Baca juga: Wow! Rendang diangkat sebagai antara hidangan tersedap di seluruh dunia, apa lagi menu lain?

Resipi perkongsian Norzy Yusuff ini boleh dijadikan panduan. Katanya resipi yang dititipkan oleh ibu rakannya itu sangat ‘legend’ dan sudah menjadi kegemaran keluarga.

“Rendang ni menjadi favorite keluarga besar kami. Sedap gila! Setiap kali berkunjung raya di rumahnya mesti request rendang ni. Akhirnya tak tahan mintak share resipi.

Baca juga: Sedapnya kuah kacang, resipi turun temurun yang simple tapi padu

Rendang Ayam Cili Api Nismilan

Bahan-bahan
2 ekor ayam (digoreng separuh masak)
1/2 kg bawang kecil*
2 labu bawang putih*
Halia*
6 batang serai*
3 ketul ibu kunyit*
1 1/2 genggam cili api merah * (tambah jika suka lebih pedas)
4 sudu rempah ** (resipi di bawah)
2 kg santan [BELI DI SINI]
3 sudu besar kerisik [BELI DI SINI]
4 helai daun kunyit (dihiris)
1 keping asam keping [BELI DI SINI]
Garam, gula, serbuk perasa (opsyenal)

Bahan rempah rendang
1 batang kulit kayu manis (di pecah kecil) **[BELI DI SINI]
2 kuntum bunga lawang **[BELI DI SINI]
4 biji buah pelaga ** [BELI DI SINI]
200 gram ketumbar **[BELI DI SINI]
1 sudu besar jintan kasar **[BELI DI SINI]
2 sudu besar jintan halus **[BELI DI SINI]

Cara penyediaan

1-Bahan * dikisar halus.
2-Bahan ** untuk membuat rempah rendang perlu disangai terlebih dahulu sebelum dikisar halus secara berasingan.
3-Satukan semua bahan kisar bertanda * dan 4 sudu rempah dan santan.


4-Masak sampai kuah memekat.
5-Kemudian baru dimasukkan ayam, kacau kacau.
6-Masukkan kerisik, asam keping, daun kunyit, garam dan gula. Kacau sampai rendang masak dan agak kering.

Iklan

Kata Nurzy, rempah rendang adalah opsyenal namun ialah ramuan penyedap yang sangat penting.

“Bukan semua Warigh Nismilan masukkan rempah. Inilah kelebihan rendang yang empunya resipi dan sangat sedap pada tekak kami,” kongsinya.

Selamat mencuba!

Baca juga: Ayam Masak Merah Kenduri ubati rindu sajian katering majlis kahwin

Iklan

Sumber: Norzy Yusuff

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.