Raya ni rumah kena wangi, cuba tip mudah DIY pewangi 2 bahan hilang kepam hanya sembur-sembur jer

Iklan
cuci bersih rumah

Raya ni rumah kena wangi, cuba tip mudah DIY pewangi 2 bahan hilang kepam hanya sembur-sembur jer

BAJU raya check. Kuih raya check. Rumah dah check? Kalau musim raya ni, rumah wajib bersih dan kemas kan sebab waktu inilah ramai tetamu yang berkunjung.

Iklan
Iklan

Selain bersih, rumah juga kena wangi supaya tetamu semua selesa dan tenang. Paling penting bukan ruang tamu saja kena wangi, ruang lain pun kena utamakan!

Tapi anda tahu tak apa tip paling mudah nak buatkan setiap ruang rumah semerbak wangi?

Iklan

Paling penting cepat dan efisyen sebab nak raya ni masing-masing confirm sibuk!

Jadi jika anda inginkan rumah sentiasa wangi boleh buat cara paling mudah hanya guna dua bahan asas ini yang ada di setiap dapur.

Iklan

Buat sendiri sahaja pewangi semburan untuk menghilang bau kepam di dalam kediaman anda.

Bahan-bahannya;

  • 1 penutup pelembut fabrik
  • Cuka

Caranya;

  1. Campurkan kedua-dua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda.
  2. Gabungan kedua bahan ini akan memberikan bau dan memperbaki udara yang lebih bersih.
  3. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!

Selain itu, ini tip mudah untuk rumah anda kelihatan bersih tanpa habuk.

Baca juga DIY pewangi semburan untuk hilangkan bau kepam dalam rumah & hilangkan habuk kipas. Mudah, jimat & tahan lama!

[caption id="attachment_112281" width="800"] Kredit foto: Freepik[/caption]

1. Habuk tak melekat pada perabot

Pening perabot dan rumah cepat berhabuk walaupun dilap berkali-kali.

Cara ini akan membuatkan perabot anda tidak mudah lekat malah menjadikan rumah anda berbau harum sentiasa.

Bahan-bahannya;

  • 1 penutup pelembut fabrik
  • 10 cawan air

Caranya;

  1. Bancuh kedua-dua bahan ini hingga sebati. Kemudian, lapkan pada semua perabut kesayangan anda.

[caption id="attachment_112278" width="800"] Kredit foto : Freepik[/caption]

2. Kilatkan lantai rumah

Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.

Bahan-bahannya;

  • 1 penutup pencuci lantai
  • Cuka
  • Air panas

Caranya;

  1. Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu sehingga sampah dan habuk dibersihkan.
  2. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai.

Hasilnya, lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin lantai. Kena cuba tau!

Baca juga Bersinar bling-bling! Wanita 13 tahun kerja kedai emas kongsi cara betul cuci barang kemas sendiri, mudah je rupanya

[caption id="attachment_112286" width="800"] Kredit foto: Freepik[/caption]

3. Segarkan bilik air

Tandas antara bahagian rumah paling kerap digunakan terutama ketika raya.

Bayangkanlah sepanjang raya nanti, berapa ramai yang keluar masuk tandas tu? Jadi tandas anda pastikan sentiasa segar dan wangi dengan cara ini;

Bahan-bahannya;

  • 1 sudu kecil teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 cawan air

Caranya;

  1. Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya, bilik air terasa lebih segar dan harum.

Baca juga ‘Kalau gaduh dengan bini, tidur dekat lobi jer.’ Hias koridor rumah ala hotel, semangat kejiranan penghuni PPR raih pujian!

Semoga bermanfaat!

Sumber: keluarga

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.