Tak perlu berpeluh-peluh, bersusah payah untuk membersihkan rumah. Vakum pintar Dreame hadir jadi penyelamat 

A
A
A

SEJAK kebelakangan ini, vakum pintar semakin menjadi kegilaan orang ramai terutama suri rumah.

Ledakan teknologi itu nampaknya telah mendorong Dreame melancarkan pembersih vakum Wet & Dry H11 dan H11 Max pada harga yang cukup kompetitif.

Dreame yang merupakan sebahagian daripada ekosistem Xiaomi telah dibangunkan melalui penyelidikan dan pembangunan menggunakan teknologi astrodinamik terkini, kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Uniqbe Group of Companies, Edward Tan.

Dengan wujudnya rangkaian vakum Dreame H11 ini, mengemop lantai kini berbeza kerana ia bukan lagi kerja rumah yang berat," katanya ketika pelancaran vakum berkenaan secara maya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Pengasas Bersama Dreame Technology, Roc Wu berkata, inovasi berkenaan adalah kolaboratif bersama 50 peratus jurutera yang berpengalaman dalam bidang aerodinamik.

 

 

Ujar beliau, bagi memberikan pengalaman terbaik untuk pengguna, pembersih vakum Wet & Dry H11 dan H11 Max dilengkapi dengan ciri kendalian mudah, ringan dan bantuan kuasa tolakan yang menjadikan ia vakum yang memerlukan tenaga yang begitu minimum.

Berikut antara ciri-ciri menarik kedua-dua produk berkenaan:

i) Menggunakan rekaan dua tangki yang inovatif. Air bersih dan cairan pembersih disembur secara berterusan daripada tangki sebesar 900 mililiter semasa berus penggelek sedang bekerja.

ii) Bateri berkapasiti besar dengan runtime tidak kurang dari 30 minit.

iii) Berus penggelek bukan akan dibilas dan dibersihkan secara automatik.

iv) Mod pembersihan kendiri untuk pembersihan lebih mendalam.

v) Paparan skrin LED yang intuitif dan prom suara pintar memberikan arahan jelas dan tepat.

vi) H11 Max didatangkan dengan ciri tambahan seperti Mod Pengesan Habuk Automatik yang melaras tetapan sedutan secara automatik mengikut tahap kekotoran.

Kedua-dua produk berkenaan boleh dibeli melalui e-store rasmi Dreame di Shopee.

Bersempena pelancaran vakum berteknologi itu, Uniqbe akan memperuntukkan 11 peratus hasil jualan sehingga Tahun Baru Cina bagi merealisasikan impian kanak-kanak melalui kerjasama dengan Make-A-Wish Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, layari https://dreame.my/makeawish.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca