Rempeyek resipi nenek sedapnya sampai 3,800 share, mudah sangat, rangup tak sedar habis sebalang

Iklan
sinarplus (14)

Rempeyek resipi nenek sedap sampai 3,800 share, mudah sangat membuatnya, rangup tak sedar habis sebalang

KUIH-muih kering tradisional seperti rempeyek antara yang dicari-cari setiap kali raya. Reempeyek resipi orang lama memang sedap, rangup dan berperisa.

Iklan
Iklan

Kalau kena dengan cita rasa, tak sedar habis sebalang dikunyah. Aroma rempah ratus dan digoreng garing, memang layan!

Baca juga: Cara masak daging dendeng sedap, ini sukatan untuk sekilo daging

Iklan

Baca  juga: 4,500 share, cara mudah buat lemang cawan, tak perlu buluh, jimat duit & masa

Baca  juga: Cara rebus ketupat nasi versi jimat gas dan elektrik, mudah sangat!

Iklan

Kepada yang rasa insecure nak cuba menyediakan kuih tradisional, resipi yang dikongsikan Nur Athiya ini sangat simple dan mudah. Kalau cukup segala peralatan dan acuan, confirm anda pun boleh buat.

Ayuh kita ikuti bahan dan cara penyediaannya:

Baca  juga: Sedapnya kuah kacang, resipi turun temurun yang simple tapi padu

REMPEYEK

Bahan-bahan

1 bungkus tepung beras

3 sudu besar ketumbar. *

3 sudu besar jintan manis *

3 sudu besar jintan putih*

400ml santan pekat (santan kotak pun boleh)

1 labu bawang putih (tumbuk halus)

Segenggam ikan bilis *

1 biji telur

1 sudu the kapur makan

4cawan air secukupnya

Ikan bilis n kacang secukup

Garam secukup rasa

Cara penyediaan

1-Kisar semua yang bertanda *

2-Campurkan semua bahan kecuali kekacang dan ikan bilis dan kacau sehingga sebati. *Perhatikan bancuhan dan cuba goreng satu keping. Jika rasa ia tebal tambah lagi air.

3-Panaskan minyak kemudian manaskan acuan di dalam minyak.

4-Selepas panas, tuangkan adunan tepung tadi guna senduk kecil dan letakkan kacang tanah dan ikan bilis, gorengkan.

5-Api jangan kuat sangat nanti hangus.

Baca  juga: 1,900 share, resipi Rendang Ayam Cili Api Negeri Sembilan, pedas dan sangat sedap!

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Athiya

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.