KEPADA peminat jenama sukan bertaraf global, PUMA nampaknya turut sama menyemarakkan lebaran kali ini apabila memperkenalkan PUMA Hari Raya Collection.
Apa yang pasti, himpunan yang diketengahkan memang vazz dan cepat menarik perhatian anda untuk membelinya.
Ingat, raya bukan hanya tertakluk pada baju kurung atau Melayu ya. Nak berziarah sanak saudara kita mesti nak pakai yang ringkas dan kemas.
Ketua Pemasaran PUMA Asia Tenggara, Eleanor Wang berkata, koleksi serba eksklusif itu merupakan sebahagian daripada kempen Memori Aidilfitri oleh PUMA yang menggabungkan unsur rekaan Raya berciri ranggi dan klasik.
Bukan itu sahaja, ia turut menampilkan gubahan yang versatil, selain senang untuk dipakai.
Mudah kata, pemakai mudah untuk bergaya dan beraya. Pada masa sama, memikat pandangan orang yang memandangnya.
Ujar Eleanor, pihaknya amat teruja untuk memperkenalkan PUMA Hari Raya Collection sempena lebaran kali ini.
"Menggunakan gambaran PUMA yang bersifat abadi, para pereka kami telah menghasilkan gubahan yang tampak segar, menarik, longgar, selesa dan bersesuaian sempena sambutan Hari Raya.
"Rekaan koleksi ini yang serba minimalis adalah umpama sebuah kanvas untuk pemakainya mencipta kenangan baharu menerusi setiap rumah yang mereka kunjungi atau setiap ahli keluarga dan rakan yang mereka temui.
Bukan sahaja untuk lelaki saja ya, kaum Hawa juga boleh melaram dengan PUMA yang menampilkan kombinasi warna hitam klasik dan pelbagai warna berciri pastel.
Hah... Senanglah, kan untuk matchkan dengan banyak pakaian.
Paling admin suka ialah sniker PUMA Roma Classic Gum. Nampak kemas, praktikal dan pastinya sesuai untuk dipakai bagi apa jua acara. Baju-Tnya juga selesa sangat!
Sebagai bonus kepada para pelanggan, bermula dari 17 Mac lalu hingga 21 April ini pelanggan yang membeli mana-mana item PUMA Hari Raya Collection di kedai layak untuk mengambil bahagian dalam aktiviti Shop Raya & Get Rewarded.
Ada masa lagi ni...
Kepada yang berkenan dan sememangnya menggemari dengan jenama PUMA, apa lagi, jom berkunjung di butik PUMA pada harga berbaloi, sesuai dengan kualitinya.
BACA JUGA: Perang balik kampung beraya sampai suami ugut cerai? Ini pencerahan agamawan