Daging mudah empuk dengan tomato wanita ini kongsi caranya, tak perlu pressure cooker jimatkan masa
DAGING antara juadah raya yang selalu menjadi pilihan ramai. Dimasak menjadi rendang, dendeng atau sate, satu masalah penyediannya yang selalu dihadapi iaitu sukar empuk.
Kalau dapat bahagian yang lembut tak jadi masalah, bahagian berurat pula ambil masa masa lama untuk empuk. Malah adakalanya masih liat walaupun sudah dimasak lama.
[caption id="attachment_112558" width="800"] Kredit foto: Freepik[/caption]
Baca juga: Cara masak daging dendeng sedap, ini sukatan untuk sekilo daging
Kini anda tak perlu bersusah payah menggunakan pressure cooker atau memasak lama di dapur, hanya perap daging dengan tomato sudah mampu mempercepatkan proses melembutkannya
Perkongsian Liyaw Ah Seng ini menjadi perhatian warga maya hingga meraih lebih 300 perkongsian dalam masa beberapa jam.
"Nak dekat raya, saya kongsikan cara-cara untuk lembutkan daging, menjimatkan masa.
[caption id="attachment_112559" width="800"] Kredit foto: Freepik[/caption]
Baca juga: Ini 5 petua mudah hilangkan bau hamis daging kambing. Mesti ramai yang tak sangka
Daging tersebut tak perlu dibilas dan boleh dimasak terus.
Katanya lagi, sebelum ini menggunakan nanas tapi hasilnya daging jadi hilang teksturnya.
"Dulu saya gunakan nanas, cuma bezanya nanas ni tak boleh lama. Nanti daging boleh jadi serunding," katanya.
Warga maya ragu-ragu daging menjadi masam, Liyaw berkata ia sama tidak berubah.
Selamat mencuba!
Sumber: Liyaw Ah Seng